Admin posted: " https://youtu.be/AdpjHykQzuU SUNGAI PETANI: Murtadha Dakwah Centre (MADAD) memberi peluang kepada golongan muda untuk menceburi peluang perniagaan menerusi kolaborasi dengan Syukor Burger. Usaha tersebut sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan di"
SUNGAI PETANI: Murtadha Dakwah Centre (MADAD) memberi peluang kepada golongan muda untuk menceburi peluang perniagaan menerusi kolaborasi dengan Syukor Burger.
Usaha tersebut sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan di samping menyemarakkan lagi jihad dalam Islam menerusi perniagaan.
Menurut Pengarah Urusan MADAD Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof, jalinan kerjasama ini bakal membantu usahawan lain yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dengan membantu mereka mencipta peluang perniagaan baharu.
"MADAD mensasarkan seribu francais bermula di daerah Kuala Muda menjelang akhir tahun ini.
"Peluang berniaga burger ini turut diberikan kepada kakitangan MADAD sendiri dalam menambah pendapatan mereka selain menjalankan kerja sukarelawan," ujar beliau.
Terdahulu berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara MADAD yang diwakili Yaakub Yusra dan Syukor Burger yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Super Dagang, Syukor Majid.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara MADAD dan Syukor Burger.
Bagi Syukor Majid, bukan setakat berniaga burger malah pihaknya juga akan melatih para usahawan muda melalui bimbingan awal pengurusan perniagaan.
"Sasaran saya untuk melahirkan empat ke lima ribu francais seluruh negara.
"Kami juga akan memberi tunjuk ajar bermula daripada membuat roti, 'patty', sos dan mayonis," katanya selepas Majlis Grand Opening Syukor Burger X MADAD di Murtadha Dakwah Centre, di sini.
MADAD merupakan sebuah fasiliti dakwah 24 jam yang lengkap dengan masjid, rumah warga emas, pengurusan jenazah percuma dan pendidikan percuma.
Pembinaan pusat dakwah itu dijangka akan siap sepenuhnya pada 2025.
Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online
No comments:
Post a Comment