[New post] Liga M 2022 : Dua tonggak utama MUFC kembali bergabung
cakapsukan posted: " Oleh : SUBKHI SUDARJI BEKAS tonggak utama Melaka United 2018, Syahrul Azwari Ibrahim kembali menyertai Skuad Hang Tuah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022. Syahrul yang beraksi selaku pemain sayap antara tonggak penting Melaka U"
Syahrul mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan.
Oleh : SUBKHI SUDARJI
BEKAS tonggak utama Melaka United 2018, Syahrul Azwari Ibrahim kembali menyertai Skuad Hang Tuah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022.
Syahrul yang beraksi selaku pemain sayap antara tonggak penting Melaka United pada musim 2018 bersama Ifedayo Olusegun yang turut kembali menyertai Skuad Hang Tuah musim ini.
Pemain berusia 29 tahun yang sinonim beraksi di sayap kanan ini kembali berhijrah ke Melaka selepas bersama Kelantan United FC musim lalu dan Kedah pada 2019 dan 2020.
Sebaik sahaja melaporkan diri bersama pasukan, Syahrul terus menjalani latihan bersama pasukan.
No comments:
Post a Comment