[New post] MINTA RAKAN TANGGALKAN SONGKOK , MURID DIROTAN GURU
Husna Zahrul posted: " Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Cheras didakwa merotan seorang murid hanya kerana dia meminta rakan dihadapannya menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan pu"
KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Cheras didakwa merotan seorang murid hanya kerana dia meminta rakan dihadapannya menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.
Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa pada Selasa lalu berkaitan kejadian itu.
Ujarnya, guru terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan murid itu yang meminta rakannya yang duduk di bahagian hadapan kelas menanggalkan songkok kerana dia sukar melihat tulisan di papan putih.
"Siasatan awal mendapati guru terbabit telah merotan pelajar itu sebanyak lima kali sehingga menyebabkan badannya mengalami kesan calar dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
"Pegawai penyiasat kes telah hadir ke sekolah berkenaan namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan berada di luar kawasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. —AlHijrah Online
No comments:
Post a Comment