BadmintonDigest

BadmintonDigest

Monday, 30 May 2022

[New post] 340 PETUGAS HAJI KE ARAB SAUDI JAYAKAN OPERASI HAJI 2022

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber Gambar: BERNAMA SEPANG: Seramai 340 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji pada tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. " ALHIJRAH ONLINE

340 PETUGAS HAJI KE ARAB SAUDI JAYAKAN OPERASI HAJI 2022

BERNAMA

May 30

Sumber Gambar: BERNAMA

SEPANG: Seramai 340 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji pada tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata petugas haji yang dipilih pada tahun ini terdiri daripada mereka berpengalaman tinggi, kerana jumlah mereka pada tahun ini adalah kurang berbanding sebelumnya.

"Jumlah petugas haji sebelum ini adalah 650 orang, tetapi kali ini hanya 340 orang sahaja. Oleh itu kita pilih mereka yang berpengalaman dan boleh bertugas di Makkah dan Madinah.

"Memang kita pilih yang boleh 'multitasking' dan mampu digerakkan ke mana-mana lokasi mengikut keperluan semasa," katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan petugas haji ke tanah suci di sini hari ini.

Syed Saleh berkata seramai 84 petugas haji yang terdiri daripada petugas perubatan, kebajikan dan media, berlepas ke tanah suci hari ini melalui penerbangan Malaysia Airlines pada pukul 3.10 petang ini.

"Mereka ini adalah kumpulan kedua petugas haji yang berlepas ke tanah suci, sebelum ini 13 petugas telah pergi untuk membuat persiapan.

"Semua petugas telah membuat persiapan rapi bagi memberikan perkhidmatan dan kemudahan kepada jemaah haji, petugas beri komitmen terbaik," katanya.

Ditanya cabaran ibadah haji tahun ini, beliau berkata petugas dan jemaah haji perlu bersedia dengan undang-undang baru diperkenalkan kerajaan Arab Saudi, seperti prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Sementara itu, petugas media Zalina Maizan Engah @ Ngah yang menyertai operasi ibadah haji di bawah TH berkata beliau teruja kerana terpilih menjalankan tanggungjawab membuat liputan di tanah suci Makkah.

"Syukur pihak pengurusan beri kepercayaan untuk buat liputan perjalanan haji tahun ini... memang tidak sangka terpilih dan pemeriksaan kesihatan untuk pergi haji memang ketat," kata editor tugasan Bernama TV berusia 46 tahun itu.

Ibu kepada empat anak berusia 18 hingga tujuh tahun itu berkata beliau akan berusaha melaporkan suasana ibadah haji pada tahun ini dengan sebaik mungkin, supaya dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

"Untuk ubat rindu mereka yang tidak dapat mengerjakan haji, saya akan berikan laporan santai di media sosial, radio dan penulisan," katanya.

Petugas perubatan Rosmawi Ismail, 47, berkata pihaknya akan membuka sebuah pusat rawatan khas di Makkah, bagi membantu jemaah haji yang memerlukan rawatan.

"Pembukaan pusat rawatan itu memang prosedur biasa untuk bantu jemaah haji, harapnya operasi haji tahun ini berjalan lancar," katanya petugas farmasi dari Kementerian Kesihatan itu.

Pada 24 Mei lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 4 Jun ini. 

Idris pada 21 April lepas mengumumkan kuota haji Malaysia tahun 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Kuota sebanyak 14,306 itu ialah penurunan daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/340-petugas-haji-ke-arab-saudi-jayakan-operasi-haji-2022/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at May 30, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.