BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 10 May 2022

[New post] Berita | Ringgit lemah: Harga kereta dijangka naik

Site logo image Archon posted: " KUALA LUMPUR: Harga kenderaan di Malaysia dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah susulan kelemahan nilai ringgit dan isu kekurangan bekalan cip komputer yang berterusan. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad"

Berita | Ringgit lemah: Harga kereta dijangka naik

Archon

May 10

KUALA LUMPUR: Harga kenderaan di Malaysia dijangka meningkat berikutan kenaikan harga bahan mentah susulan kelemahan nilai ringgit dan isu kekurangan bekalan cip komputer yang berterusan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata wujud kemungkinan besar akan berlaku kenaikan harga kereta di Malaysia berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar.

Katanya, bagaimanapun, pengeluar kenderaan di Malaysia belum lagi memutuskan kenaikan harga kenderaan atau terus menyerap semua kos yang perlu ditanggung.

"Kenaikan harga bahan mentah, kos logistik, kejatuhan ringgit antara lain akan menjadi penyebab pengeluar terpaksa menaikkan harga kenderaan. Namun, ia belum diputuskan lagi.

"Jika pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan tamat akhir Jun ini tidak disambung, ia akan memburukkan keadaan sekali gus meningkatkan lagi harga kenderaan jika pengeluar memutuskan menaikkan harga produk mereka," katanya ketika dihubungi BH

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah berkata, pengeluar kereta nasional itu masih cuba untuk menyerap kenaikan kos bahan mentah supaya harga kenderaan keluaran PROTON dapat dikekalkan.

Bagaimanapun, katanya, jika keadaan memaksa selain mengambil kira pembabitan vendor, PROTON berkemungkinan terpaksa berkongsi kenaikan harga berkenaan dengan pelanggan.

"PROTON belum putuskan apa-apa lagi buat masa sekarang. Jika ada (kenaikan atau sebaliknya), kami akan umumkan dalam masa terdekat. Buat masa ini kita masih lagi cuba menyerap kenaikan kos," katanya.

Bagaimanapun, Penganalisis AmInvestment Bank, Muhammad Afif Zulkaplly dalam nota penyelidikan, berkata dua pengeluar kenderaan sudah pun membuat pelarasan semula harga beberapa model keluarannya setakat ini dengan harga meningkat sehingga tujuh peratus.

"Langkah ini dilihat boleh mencetuskan kenaikan harga oleh pengeluar kereta lain, terutamanya jika trend kos input yang tinggi berterusan," katanya dalam nota penyelidikan.

Muhammad Afif berkata, memandangkan permintaan yang kukuh ketika ini dan pesanan tertunggak yang berada pada tahap sihat selama dua hingga empat bulan, bank pelaburan itu menjangkakan kenaikan harga jika berlaku berkemungkinan memberi kesan kecil kepada jumlah jualan pada masa depan.

Baru-baru ini, MAA mendedahkan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada Mac kepada 73,222 unit, melonjak 63 peratus bulan ke bulan atau 13 peratus tahun ke tahun.

Lonjakan ketara itu didorong terutamanya oleh peningkatan pengeluaran oleh pengeluar disokong pesanan tertunggak yang kukuh.

Secara kumulatif, TIV tiga bulan pertama tahun ini melonjak 13 peratus kepada 159,752 unit.

"Kami mengekalkan saranan 'OVERWEIGHT' ke atas sektor automotif dan kekalkan unjuran TIV 2022 sebanyak 555,000 unit.

"AmInvestment Bank juga kekal positif dengan prospek sektor automotif memandangkan pendapatan syarikat berkaitan secara relatifnya terlindung daripada kesan konflik geopolitik kerana kebanyakan firma ini bergantung kepada permintaan domestik.

"Unjuran berhubung TIV tahun ini yang lebih kukuh berdasarkan normalisasi rantaian bekalan dan pemulihan beransur-ansur dalam keyakinan pengguna," tambah Muhammad Afif. - Berita Harian

oleh: Mohd Zaky Zainuddin

Comment
Like
Tip icon image You can also reply to this email to leave a comment.

Unsubscribe to no longer receive posts from PeoplePostInsider.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
http://peoplepostinsider.com/2022/05/10/berita-ringgit-lemah-harga-kereta-dijangka-naik/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at May 10, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.