BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 12 May 2022

[New post] BULI: SENARAI NAMA DITERIMA TURUT MELIBATKAN DOKTOR PAKAR

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber gambar: BERNAMA PUTRAJAYA: Senarai nama doktor yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa sebagai pembuli doktor junior di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut melibatkan doktor pakar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Ber"

BULI: SENARAI NAMA DITERIMA TURUT MELIBATKAN DOKTOR PAKAR

BERNAMA

May 12

featured image
Sumber gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Senarai nama doktor yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa sebagai pembuli doktor junior di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut melibatkan doktor pakar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini hari ini, beliau berkata Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.

Khairy berkata senarai anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat isu buli itu serta terma dan rujukannya akan diumumkan esok, serta menambah bukan beliau yang mempengerusikan pasukan petugas khas itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin semalam telah menyerahkan nama lima doktor di HPP yang didakwa sebagai pembuli, kepada KKM.

Ditanya adakah lima doktor tersebut tersebut digantung perkhidmatan buat sementara waktu, Khairy berkata kesemua mereka masih bertugas seperti biasa namun siasatan terhadap doktor itu akan berjalan.

"Kami tidak boleh pindahkan (mereka) begitu sahaja, kami perlu memastikan dahulu apa yang berlaku...ada nama dihantar adalah pakar-pakar. Bukan senang untuk kita pindahkan pakar. Buat masa ini semua bertugas seperti biasa cuma siasatan akan berjalan," katanya.

Khairy berkata siasatan berhubung isu buli di hospital itu dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk diselesaikan.

"Ia melibatkan tuduhan berat seperti buli dan juga budaya kerja tidak profesional. Siasatan akan libatkan sesi temu bual dengan pengadu dan pakar yang dituduh.

"Lebih baik beri sedikit masa supaya pasukan petugas khas bebas dan Unit Integriti KKM dapat jalankan siasatan seperti biasa," katanya.

Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran HPP.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/buli-senarai-nama-diterima-turut-melibatkan-doktor-pakar/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at May 12, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2026 (1)
  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.