BadmintonDigest

BadmintonDigest

Friday, 13 May 2022

[New post] TANGGUH IMPORT DAGING DARI RUMAH SEMBELIHAN LANGGAR SOP

Site logo image BERNAMA posted: " GAMBAR HIASAN: BERNAMA KUALA LUMPUR: Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal, wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjal"

TANGGUH IMPORT DAGING DARI RUMAH SEMBELIHAN LANGGAR SOP

BERNAMA

May 13

featured image
GAMBAR HIASAN: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengimportan daging dari rumah sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal, wajar ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata dalam tempoh siasatan itu juga, umat Islam disaran supaya menghentikan pembelian daging yang disumberkan dari rumah sembelihan itu sehingga mengetahui kesahihan dakwaan berkenaan.

"Dalam Islam, hadis menyebut kalau kita berasa ragu tidak boleh kita makan. Apatah lagi kalau sekiranya pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi menentukan status halal makanan itu.

"Di situ sudah ada keraguan, ditambah pula ada saksi yang mengatakan benda itu (prosedur penyembelihan) memang dilakukan secara tidak betul, jadi memang patutlah digantung pengimportan dagingnya dahulu," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas pendedahan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 mengenai perlanggaran SOP penyembelihan halal oleh sebuah syarikat di Australia yang mendapat kelulusan daripada Badan Induk Halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Syarikat itu yang turut mengeksport daging ke Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan siasatan masih dijalankan oleh Jakim bersama pihak berkuasa Australia iaitu 'Department of Agriculture, Water and the Environment' (DAWE).

Mohd Yusof berkata selain menangguhkan pengimportan, perlu juga ada kaedah untuk memastikan agar daging yang telah berada di pasaran, tidak dijual oleh pekedai kepada umat Islam.

Menyuarakan perkara sama, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman meminta pekedai agar bersikap bertanggungjawab dengan menarik balik penjualan bahan mentah itu sekiranya memperoleh sumber daging dari syarikat terlibat.

"Kalau sudah masuk Malaysia dan ada nama atau label syarikat tersebut tertera dalam bungkusan daging, mungkin umat Islam juga boleh mengelak daripada membeli atau menjualnya.

"Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga mungkin wajar dibekukan pengimportan daging dari rumah sembelihan itu sementara menunggu pihak Jakim menyiapkan siasatan. Selepas lengkap siasatan dan didapati tiada asas dakwaan, barulah kita buka semula pengimportan," katanya.

Pada 10 Mei lepas Jakim dalam kenyataan memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia.

Siasatan dilakukan Pegawai Atase Halal Jakim di Australia dan DAWE selain perbincangan dengan Kaunselor (Pertanian), Kedutaan Australia di Malaysia diadakan pada 28 April lepas, bagi memastikan hasil siasatan tersebut dapat diserahkan kepada kerajaan Malaysia secepat mungkin. – AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/tangguh-import-daging-dari-rumah-sembelihan-langgar-sop/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at May 13, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2026 (1)
  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.