BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 30 June 2022

[New post] ARAB SAUDI UMUM HARI ARAFAH JATUH PADA JUMAAT 8 JULAI, AIDILADHA SABTU 9 JULAI

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber Gambar: AFP KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah, kemuncak ibadah Haji umat Islam, jatuh pada hari Jumaat 8 Julai ini dan Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi akan disambut keesokannya pada Sabtu 9 Julai. Agensi Berita Saud" ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI UMUM HARI ARAFAH JATUH PADA JUMAAT 8 JULAI, AIDILADHA SABTU 9 JULAI

BERNAMA

Jun 30

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah, kemuncak ibadah Haji umat Islam, jatuh pada hari Jumaat 8 Julai ini dan Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi akan disambut keesokannya pada Sabtu 9 Julai.

Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu melaporkan pengumuman itu dibuat selepas anak bulan Zulhijjah dilihat di balai cerap Tamir, Arab Saudi pada petang Rabu.

Hari Arafah atau Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini dianggarkan sejuta jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di kawasan bukit berbatu yang dikenali sebagai Bukit Arafah dan kawasan lapang sekitarnya, bermula terbit fajar 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar hari berikutnya.

Tahun ini menyaksikan seramai 14,306 jemaah haji Malaysia berhimpun untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT di Bukit Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Mekah.

Sementara itu, umat Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Hari Raya Haji pada 10 Julai 2022.

Mufti Singapura Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, menurut kiraan rukyah, anak bulan "tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenamnya matahari pada Rabu."

"Ini bererti 30 Jun genap 30 hari bagi bulan Zulkaedah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sesawang Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Oleh itu, Dr Nazirudin berkata "hari pertama bulan Zulhijjah 1443H di Singapura, jatuh pada Jumaat, 1 Julai 2022 dan Hari Raya Haji, jatuh pada Ahad, 10 Julai 2022."

Video pengumuman permulaan Zulhijjah 1443H/2022 untuk Singapura itu turut dimuatkan di laman Facebook MUIS.

"Semoga segala amal ibadah kita pada bulan Zulhijjah ini diterima dan semoga mendapat Aidiladha yang diberkati, dengan menghayati maksud dan erti pengorbanan yang sebenar," kata Dr Nazirudin.

Sementara itu di Indonesia, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Zainut Tauhid berkata 1 Zulhijjah 1443H bersamaan 1 Julai, dan Hari Raya Haji akan disambut pada 10 Julai.

Umat Islam mewakili hampir 90 peratus daripada 270 juta populasi negara itu.

Di Bangkok, Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon turut mengumumkan Hari Raya Haji jatuh pada 10 Julai.

"Semua umat Islam di Thailand diminta laksanakan kewajipan agama pada tarikh itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata umat Islam Thailand sepatutnya dapat melihat anak bulan selepas matahari terbenam pada Rabu, bagaimanapun anak bulan itu tidak kelihatan.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/arab-saudi-umum-hari-arafah-jatuh-pada-jumaat-8-julai-aidiladha-sabtu-9-julai/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at June 30, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Industry Leaders Back National Equine Forum's Role in Advancing Equine Welfare

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (16)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.