BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 30 June 2022

[New post] BELLA TAKUT, BADAN KURUS SEMASA JUMPA KALI PERTAMA DI HKL – SAKSI

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber Gambar: BERNAMA KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa Bella berada di dalam keadaan takut dan tubuh badannya kurus sema" ALHIJRAH ONLINE

BELLA TAKUT, BADAN KURUS SEMASA JUMPA KALI PERTAMA DI HKL – SAKSI

BERNAMA

Jun 30

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa Bella berada di dalam keadaan takut dan tubuh badannya kurus semasa berjumpa remaja perempuan sindrom down itu buat kali pertama di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tahun lepas.

Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata semasa beliau melawat remaja itu pada 4 Julai 2021, Bella bukan sahaja dilihat tidak gembira malah berjalan dalam keadaan tunduk tanpa melihat sesiapa selain kedua-dua tangannya turut berbalut.

"Saya berjumpa Bella yang dirawat di wad COVID hospital itu dan saya melihat mukanya berparut. Bella juga dilihat tidak senyum serta ketakutan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik pada perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Menceritakan lebih lanjut, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata pada 24 Jun 2021, beliau menerima WhatsApp daripada Siti Bainun yang memaklumkan Bella jatuh dan terkena air panas.

"Siti Bainun hantar WhatsApp pada 3.03 petang dan dia ada menghantar beberapa gambar kecederaan pada tangan dan kepala Bella. Siti Bainun kata dia telah pergi ke hospital dan membeli ubat spray kuning.

"Dalam WhatsApp itu juga, Siti Bainun turut nyatakan Bella positif COVID-19 tetapi dia tidak membawa Bella untuk buat ujian swab kerana takut dengan keadaan fizikal Bella," kata saksi itu.

Menurut Mohamad Imran, Siti Bainun memberitahunya bahawa Bella terkena air panas dua hari sebelum hari raya.

Kepada soalan Fazeedah apakah tindakan yang dilakukan selepas dimaklumkan oleh Siti Bainun bahawa Bella terkena air panas, saksi itu berkata: Saya minta Siti Bainun membawa Bella ke hospital dan dia maklumkan akan membawa remaja itu ke hospital selepas habis kuarantin pada 29 Jun 2021.

"Pada 24 Jun 2021, saya berbincang dengan pelindung kanak-kanak lain untuk mereka membawa Bella ke hospital dan saya berbincang dengan Ketua Unit Kanak-Kanak JKM pada keesokannya (25 Jun) dan berusaha untuk mendapatkan ambulans untuk membawa Bella ke hospital. Siti Bainun kemudian maklumkan dia telah ditahan di wad Hospital Sungai Buloh (kerana positif COVID-19).

"Saya bertanya kepada Siti Bainun bagaimana keadaan Bella di rumah dan Siti Bainun hanya memaklumkan remaja itu dijaga oleh anak-anak di rumah itu," kata Mohamad Imran.

Saksi itu berkata kali pertama beliau terserempak dengan Bella selepas dijaga Siti Bainun adalah pada 17 Feb 2021 di Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan keadaan Bella pada masa itu gembira selain turut memeluk Siti Bainun.

Mohamad Imran berkata beliau tidak pernah bersetuju Bella diletakkan di bawah jagaan Siti Bainun kerana tidak mengenali wanita itu secara peribadi dan tidak mengetahui latar belakang pengasas rumah kebajikan itu.

Bagaimanapun, Mohamad Imran berkata Mahkamah Majistret Kanak-Kanak membenarkan perintah jagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun bermula 14 Julai sehingga 20 Sept 2020 manakala hak penjagaan tetap bermula 24 Sept 2020. 

Terdahulu, saksi berkata Siti Bainun telah menyampaikan hasratnya itu kepada seorang pegawai pelindung kanak-kanak dikenali Siti Sarah untuk menjaga remaja berkenaan dan berdasarkan perbincangan dengan Siti Bainun, kanak-kanak itu ditempatkan di kediaman keluarga Siti Bainun di Ampang.

"Bella adalah kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang perlu diawasi pihak lain selain Siti Bainun serta sokongan keluarga penting untuk memastikan keselamatan Bella sentiasa dipelihara.

Menurut saksi itu, Bella sebelum ini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban sejak 2011 sehingga 2020 sebelum Siti Bainun menjaga remaja itu.

Mohamad Imran berkata Bella juga tidak bersekolah selepas dijaga oleh Siti Bainun.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/bella-takut-badan-kurus-semasa-jumpa-kali-pertama-di-hkl-saksi/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at June 30, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Top 5 Sunscreens For Horses

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (10)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.