BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 1 June 2022

[New post] PENIAGA TAWAR NASI LEMAK PERCUMA KEPADA PELAJAR

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber Gambar: BERNAMA JOHOR BAHRU: Pengalaman menjalani hidup susah dan dibebani masalah kewangan sehingga tidak dapat meneruskan pelajaran, mendorong seorang peniaga gerai nasi lemak, Siti Aishah Othman menawarkan makanan secara percuma kepada pelaj" ALHIJRAH ONLINE

PENIAGA TAWAR NASI LEMAK PERCUMA KEPADA PELAJAR

BERNAMA

Jun 1

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Pengalaman menjalani hidup susah dan dibebani masalah kewangan sehingga tidak dapat meneruskan pelajaran, mendorong seorang peniaga gerai nasi lemak, Siti Aishah Othman menawarkan makanan secara percuma kepada pelajar.

Mahu dikenali sebagai Kak Chah, 32, yang baru sebulan berniaga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mengalu-alukan para pelajar di universiti itu untuk datang mengambil makanan secara percuma di gerainya.

Inisiatif sejak dua hari lepas itu tular di media sosial, menyebabkan ramai pelajar beratur seawal pukul 7 pagi untuk mengambil nasi lemak biasa yang lengkap dengan ikan bilis, timun, kacang, dan telur secara percuma.

"Masa saya mula berniaga di sini ada budak-budak (pelajar) tiap hari datang beli nasi lemak biasa yang saya jual RM1 sebungkus.

"Saya faham mereka perlu berjimat, tetapi takkan nak makan nasi lemak biasa sahaja setiap hari, dan ada yang bayar guna duit syiling. Dari situ saya nampak kesusahan mereka, jadi saya sedekah sahaja," katanya ketika ditemui di UTM di sini. 

Sumber Gambar: BERNAMA

Dua hari lepas, nota Siti Aishah yang bertulis 'Adik-adik pelajar kalau langsung tidak ada duit jangan tahan lapar datang sini beritahu, saya belanja, saya pun pernah jadi pelajar jangan malu',  tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dan pujian netizen.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu yang hanya sempat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selama setahun pada 2010 kerana mengalami masalah kewangan berkata, sejak semalam gerainya dikunjungi ramai pelajar sehingga terpaksa ditutup seawal pukul 11 pagi.

"Semalam ada individu belanja nasi lemak RM1 untuk 200 pelajar, jadi saya tolong buatkan dan semua habis diagihkan.

"Ada juga pelajar yang datang tapi malu-malu hendak ambil, saya faham kita orang susah memang pemalu tetapi saya ikhlas memberi," kata anak kelapan daripada sembilan adik-beradik itu yang telah kematian ibu bapa.

Sumber Gambar: BERNAMA

Wanita berasal dari Kedah itu berkata selain memberi nasi lemak percuma kepada pelajar, dia juga berniaga seperti biasa dengan menjual nasi lemak berlauk bagi menampung perbelanjaan.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/peniaga-tawar-nasi-lemak-percuma-kepada-pelajar/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at June 01, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (8)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.