[New post] PT3 DIMANSUH, KPM PERKASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
BERNAMA posted: " Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika sidang media khas di Auditorium Kompleks E hari ini. --fotoBERNAMA PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan bahawa ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3" ALHIJRAH ONLINE
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika sidang media khas di Auditorium Kompleks E hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan bahawa ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diperkenal pada 2014 dimansuhkan mulai tahun ini.
PT3 sebelum ini tidak dilaksana pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik COVID-19.
Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
"Walapun tiada penilaian pusat (PT3), pelajar tingkatan satu, dua dan tiga akan menduduki ujian akhir tahun dengan menggunakan bank soalan yang disediakan KPM bagi semua mata pelajaran," katanya pada sidang media mengenai pemansuhan PT3 di sini.
No comments:
Post a Comment