BadmintonDigest

BadmintonDigest

Monday, 4 July 2022

[New post] AIDILADHA: LEBIH 2 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA KARAK, LPT1

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar Fail - Bernama KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan sejumlah 2,352,000 kenderaan bakal menggunakan lebuh raya berkenaan sempena sambutan Aidiladha," ALHIJRAH ONLINE

AIDILADHA: LEBIH 2 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA KARAK, LPT1

BERNAMA

Jul 4

Gambar Fail - Bernama

KUALA LUMPUR: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan sejumlah 2,352,000 kenderaan bakal menggunakan lebuh raya berkenaan sempena sambutan Aidiladha, bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata susulan itu pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk penambahan petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

"Pertambahan ini juga membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua fasiliti lebuh raya termasuk menjamin tahap kebersihan terbaik di semua Hentian Sebelah dan Kawasan Rehat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya juga telah mencadangkan beberapa waktu perjalanan menerusi Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) demi menjamin keselesaan pengguna lebuh raya tersebut.

"Antara cadangan waktu perjalanan pada 8 Julai (Jumaat) dan 9 Julai (Sabtu) bagi penguna lebuh raya daripada Kuala Lumpur atau Selangor memasuki Plaza Tol Gombak adalah 10 pagi hingga 1 tengah hari ke Pahang, pukul 6 pagi hingga 10 pagi pula menuju ke Terengganu serta Kelantan.

"Bagi perjalanan ke semua destinasi, waktu perjalanan bebas pada 12 tengah malam hingga 6 pagi," katanya.

"Selain itu kenderaan ringan disarankan elak memasuki plaza tol pada waktu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam kerana ini merupakan waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Tol Gombak pada tarikh-tarikh berkenaan," katanya.

Jelasnya pada 11 Julai (Isnin) pula pengguna dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya tersebut pada 6 pagi hingga 10 pagi untuk pengguna daripada Pahang, manakala pengguna dari Terengganu dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan untuk semua destinasi adalah pada pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Untuk maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik atau Facebook@Lembaga Lebuhraya Malaysia serta @Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 1-700-818-700. – AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/aidiladha-lebih-2-juta-kenderaan-dijangka-guna-lebuh-raya-karak-lpt1/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 04, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2026 (1)
  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.