BadmintonDigest

BadmintonDigest

Saturday, 30 July 2022

[New post] BEZA AGAMA BUKAN PENGHALANG TEH BANTU ISLAM

Site logo image BERNAMA posted: " Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam (tiga, kanan) menyampaikan Anugerah Ibnu Uraiqith kepada penerima tokoh bukan Muslim, Teh Hock Cheng (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 Masihi di Dataran " ALHIJRAH ONLINE

BEZA AGAMA BUKAN PENGHALANG TEH BANTU ISLAM

BERNAMA

Jul 30

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam (tiga, kanan) menyampaikan Anugerah Ibnu Uraiqith kepada penerima tokoh bukan Muslim, Teh Hock Cheng (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 Masihi di Dataran Pusat Islam di sini hari ini. Pada majlis itu, sebanyak 13 anugerah tokoh Maal Hijrah menerima pengiktrafan berkenaan. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali (tiga, kanan). --fotoBERNAMA

MELAKA: Perbezaan agama bukan penghalang bagi penerima tokoh Maal Hijrah Melaka Teh Hock Cheng terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial melibatkan Islam di negeri itu sejak 38 tahun lepas.

Teh, 59, yang merupakan penerima Anugerah Ibnu Uraiqith untuk tokoh bukan Muslim berkata walaupun menerima pelbagai tohmahan pihak tertentu yang kurang senang dengan gerakan beliau membantu Islam, beliau tidak pernah mengendahkannya.

Pengarah sebuah syarikat perusahaan makanan itu berkata gerakannya membantu pembangunan Islam di Melaka adalah mengikut kata hati dan ikhlas tanpa sebarang niat tersembunyi.

"Saya sentiasa bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta sering turut serta dalam pelbagai program anjuran mereka secara langsung atau tidak langsung.

"Apa yang saya mahukan ialah untuk mengetahui lebih mendalam tentang agama Islam untuk kerohanian dan kesejahteraan diri saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 Masihi di Dataran Pusat Islam di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai berjumlah RM3,000 disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Penerima anugerah utama tokoh Maal Hijrah Datuk Hasnah Salam, 68, berkata beliau terkejut dimaklumkan dipilih sebagai penerima Anugerah Abu Bakar As-Siddiq pada saat akhir, namun menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan buat kaum wanita.

Pengerusi Yayasan Angin Ahmar Melaka itu berkata beliau tidak pernah jemu memberikan pandangan, nasihat serta bantuan yang diperlukan khususnya dalam memastikan pembangunan Islam dapat bergerak seiring kemajuan semasa.

"Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada mana-mana pihak tetapi anugerah hari ini amat bermakna buat saya dan untuk wanita lain di luar sana kerana dipilih sebagai penerima utama tokoh Maal Hijrah tahun ini," katanya yang aktif dalam bidang politik dan badan bukan kerajaan sejak lebih 30 tahun lepas.

Beliau menerima sijil penghargaan, plak dan wang tunai RM10,000.

Terdahulu, Sulaiman dalam ucapannya berkata umat Islam hari ini perlu menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat Islam terletak pada tangan umat Islam sendiri.

Justeru, beliau berkata banyak aspek perlu diberi penekanan terhadap umat Islam terutamanya melibatkan krisis moral dan tunjuk ajar yang berterusan khususnya melibatkan nilai keagamaan perlu diberikan agar mereka dapat membezakan perbuatan yang tidak sepatutnya. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/beza-agama-bukan-penghalang-teh-bantu-islam/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 30, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Dartmoor Pony Crisis: Petition Surpasses 150,000 Signatures as Fears Grow for Future of Semi-Wild Herds

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (7)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.