BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 3 July 2022

[New post] KERAJAAN CARI JALAN, TIDAK AKAN BIAR RAKYAT ‘IKAT PERUT’ – PM ISMAIL SABRI

Site logo image BERNAMA posted: " Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Litar Dato Sagor hari ini. -- fotoBERNAMA PASIR SALAK: Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat 'ikat perut' dalam isu kenaikan ha" ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN CARI JALAN, TIDAK AKAN BIAR RAKYAT 'IKAT PERUT' – PM ISMAIL SABRI

BERNAMA

Jul 3

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Litar Dato Sagor hari ini. -- fotoBERNAMA

PASIR SALAK: Kerajaan tidak akan membiarkan rakyat 'ikat perut' dalam isu kenaikan harga barang, sebaliknya akan mencari jalan bagi menyelesaikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kerajaan dahulu… rakyat kena ikat perut, tapi (kerajaan sekarang) kita cari kaedah agar rakyat tidak dibebani. Tidak pernah dalam sejarah kita bagi subsidi agar harga tidak naik.

"Kita subsidikan harga sebanyak RM77.7 bilion iaitu ayam, bahan api, elektrik, telur, minyak masak dan air. Kita ambil tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan," katanya dalam ucapan penutupan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perak 2022 di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah hari ini.

Minggu lepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dilaporkan berkata unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion setakat ini bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Menurutnya unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain.

Sementara itu Ismail Sabri berkata kerajaan hari ini adalah sebuah kerajaan yang akan memberikan bantuan sama ada dari segi material mahupun sokongan dalam menyuburkan semangat perpaduan, menyuntik nafas segar dalam kesatuan, mencari titik persamaan dalam kepelbagaian.

"Malah kerajaan hari ini akan terus konsisten memberikan tumpuan kepada program serta inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia. Ini dilakukan bagi memastikan tidak ada yang ketinggalan," jelasnya.

Beliau turut membidas segelintir pihak yang menuduh kononnya kerajaan berpeluk tubuh dan tidak mengambil tindakan berkaitan isu peningkatan kos sara hidup.

"Kerajaan sedar banyak harga barangan meningkat. Saya sendiri membuat tinjauan rambang ke premis-premis perniagaan, ke pasar raya dan sebagainya untuk melihat sendiri dari segi fenomena kenaikan harga barang ini," katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai pembangunan dan kemajuan di negeri Perak, Ismail Sabri berkata beliau gembira dan berpuas hati dengan pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan dengan baik.

"Saya gembira apabila kerajaan negeri memantapkan industri pelancongannya dengan menjenamakan Pangkor sebagai destinasi pelancongan marin nautika melalui Penganjuran Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 (PIMTC22).

"Selain itu terdapat 93 projek baharu dan sambungan, bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan di Perak," katanya.

Ismail Sabri berkata Kementerian Sumber Manusia pula melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial kini membangunkan Pusat Rehabilitasi Neuro Robotik dan Cybernetics Kebangsaan di Bandar Meru Raya yang melibatkan kos RM654 juta, menjadi satu-satunya negeri menawarkan kemudahan robotik ini.

Di bawah Pelan Pemulihan Nasional pula menurutnya Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) turut melaksanakan beberapa program di Perak yang menawarkan 56,642 peluang pekerjaan, manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula menyediakan peruntukan RM1.77 bilion bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk luar bandar di negeri ini. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/kerajaan-cari-jalan-tidak-akan-biar-rakyat-ikat-perut-pm-ismail-sabri/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 03, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.