BadmintonDigest

BadmintonDigest

Friday, 1 July 2022

[New post] PEGANG AJARAN BERSANDARKAN SANAD, BUKAN HIKAYAT DONGENG ‘TOK GURU’ TANPA SANDARAN

Site logo image Admin posted: " KUALA LUMPUR: Umat Islam khususnya anak muda perlu mempunyai kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam yang sebenar, berasaskan dalil dan nas yang sahih. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzu" ALHIJRAH ONLINE

PEGANG AJARAN BERSANDARKAN SANAD, BUKAN HIKAYAT DONGENG 'TOK GURU' TANPA SANDARAN

Admin

Jul 1

KUALA LUMPUR: Umat Islam khususnya anak muda perlu mempunyai kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam yang sebenar, berasaskan dalil dan nas yang sahih.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, umat Islam juga harus berpegang dengan ajaran yang benar bersandarkan sanad, bukan hikayat-hikayat dongeng yang dibawa 'tok guru' tanpa sandaran.

"Bimbang suatu saat nanti, setiap yang pernah kita haramkan dulu menjadi halal, hanya kerana ajaran-ajaran salah tanpa bersandarkan rujukan dari Al-Quran dan As-Sunnah," katanya dalam catatan di Facebook.

Ujarnya pegangan ajaran Islam yang sebenar juga mampu mengelakkan minda umat Islam dipengaruhi ajaran-ajaran sesat yang membimbangkan dan semakin banyak disebarkan di platform media sosial.

Selain itu katanya umat Islam juga harus berpegang dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar, yang memahami dan berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW mengikut manhaj dan kaedah salaf dan khalaf (Asya'irah dan Maturidiyyah).

"Mereka berfahaman sederhana (wasatiyyah), tidak melampau dan tidak terlalu longgar. Mereka mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam bukan permusuhan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin, dan tidak taksub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.

"Inilah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar, yang menjadi pegangan para ashabus samahah mufti-mufti serta alim ulama kita dari dahulu sehingga kini," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata penganjuran Konvensyen Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam mampu memberikan kefahaman dan pengukuhan terhadap pegangan ajaran Islam, serta menjadi platform dan benteng kepada ancaman pelbagai ajaran dan kepercayaan yang menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar. --- AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/pegang-ajaran-bersandarkan-sanad-bukan-hikayat-dongeng-tok-guru-tanpa-sandaran/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 01, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.