BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 31 July 2022

[New post] SIKAP TIDAK PEDULI MASALAH PENDENGARAN ANTARA PUNCA WARGA EMAS NYANYUK

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar hiasan. KOTA BHARU: Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia). Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd Dr Nu" ALHIJRAH ONLINE

SIKAP TIDAK PEDULI MASALAH PENDENGARAN ANTARA PUNCA WARGA EMAS NYANYUK

BERNAMA

Jul 31

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia).

Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd Dr Nur Shasa 'Ain Abdul Aziz berkata masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial.

"Gangguan ini berlaku secara beransur-ansur mengikut tahap serta bacaan desibel terhadap frekuensi bunyi dan ia boleh bersifat kekal atau hilang kepekaan pada usia lanjut (presbycusis) akibat proses degenerasi organ pendengaran.

"Secara umum, menerusi kajian dalam portal kesihatan di Malaysia kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran dan Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Warga Emas di Pusat Warga Emas (PAWE) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ceramah serta pemeriksaan saringan pendengaran itu melibatkan 60 warga emas dan turut dihadiri Ahli Audiologi Pusat Pendengaran Eartistic Cawangan Kelantan Fatin Zafirah Juhar Nawawi dan Pengerusi PAWE Kemumin Datuk Roomai Nor Ali.

Mengulas lanjut, Dr Nur Shasa 'Ain berkata masalah pendengaran boleh dihadapi oleh setiap lapisan umur yang jika tidak dirawat dengan segera boleh memberi risiko lebih serius.

"Pesakit yang mengalami gangguan pendengaran mestilah mengambil ubat melalui pemantauan doktor dan tidak mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga," katanya.

Sementara itu, Roomai Nor berkata program julung kali itu diadakan bertepatan dan bersesuaian dengan pusat aktiviti harian warga emas berkenaan memandangkan ada dalam kalangan ahlinya mengalami masalah pendengaran sama ada masih di peringkat awal mahupun serius. 

"Ada di antara warga emas ini layak mendapat alat pendengaran percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), selain mereka adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pesara tentera dan pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau yang masih berkhidmat," katanya.

Seorang warga emas di PAWE Kemumin, Mustapha Mohamad Noor, 71, berkata beliau sudah memakai alat pendengaran sejak tiga tahun lepas setelah mengalami gangguan tidak dapat mendengar dari arah belakang.

"Setiap enam bulan sekali alat pendengaran perlu diservis supaya dapat digunakajn dengan lebih lancar dan tahan lama," kata pesara guru itu.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/sikap-tidak-peduli-masalah-pendengaran-antara-punca-warga-emas-nyanyuk/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 31, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ros Canter and Lordships Graffalo Lead After Dressage at Badminton Horse Trials

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • May 2026 (8)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.