Admin007 posted: " Hafizal membuat laporan polis di IPD Shah Alam pada malam Rabu. Pengulas sukan tanah air, Hafizal Hamad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada malam Rabu susulan satu ugutan oleh peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara" https://cakapsukan.com
Hafizal membuat laporan polis di IPD Shah Alam pada malam Rabu.
Pengulas sukan tanah air, Hafizal Hamad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada malam Rabu susulan satu ugutan oleh peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara.
Laporan dbuat beliau selepas melihat ugutan tersebut berbentuk ancaman keselamatan kepadanya selepas mengulas dalam rancangan "Nindia Pak Long" di sebuah televisyen swasta.
Menurutnya, beliau tampil membuat laporan polis untuk keselamatannya selepas melihat ugutan berbentuk kasar selain mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan peguam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pengulas sukan itu telah menerima mesej melalui laman instagram "antimediababi" yang berbaur ugutan pada 27 Ogos lalu.
Menurutnya, pengadu telah membuat laporan polis pada Rabu kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.
"Antara ayatnya adalah "lagi sekali ko bagi kritikan negatif dkt semua atlet Malaysia ko aku akan kerjakan" dan "ko buat pesanan maut menanti depan rumah ko"
"Hasil siasatan awal pihak polis, pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zhi Jia" semasa mengulas dalam rancangan "Nindia Pak Long".
"Pengadu mengesyaki perkara ini mungkin telah mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia.
Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Hadi ditalian 016-2745515.
No comments:
Post a Comment