BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 2 August 2022

[New post] LELAKI CAMPAK TIGA KANAK-KANAK SEBELUM BUNUH DIRI DI MRR2

Site logo image Faez posted: " KEPONG: Seorang lelaki disyaki warga Myanmar bertindak mencampak tiga kanak-kanak yang dipercayai anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hingga menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terbunuh sementara seorang lagi cedera parah" ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CAMPAK TIGA KANAK-KANAK SEBELUM BUNUH DIRI DI MRR2

Faez

Aug 2

KEPONG: Seorang lelaki disyaki warga Myanmar bertindak mencampak tiga kanak-kanak yang dipercayai anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini, hingga menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terbunuh sementara seorang lagi cedera parah.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 pagi tadi melibatkan lelaki berusia 38 tahun yang kemudiannya membunuh diri dengan terjun dari lokasi sama.

"Ketinggian dari lebuh raya MRR2 ke lokasi mangsa ditemui lebih kurang 20 meter. Menurut saksi berusia 36 tahun, sebelum kejadian lelaki tersebut berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak manakala dua lagi dipegang di tangan kanan dan kirinya.

"Saksi menghampiri lelaki tersebut namun secara tiba-tiba suspek mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari atas MRR2 ke bawah kemudian lelaki tersebut terjun dari lokasi sama," katanya dalam satu kenyataan.

Eng Lai berkata, kesemua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya, di sini.

Katanya, lelaki itu dan dua kanak-kanak terlibat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak lagi mengalami kecederaan parah dan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan keretakan pada rusuk kirinya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Baldev Singh di talian 012-4806062 untuk membantu siasatan.—AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/lelaki-campak-tiga-kanak-kanak-sebelum-bunuh-diri-di-mrr2/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at August 02, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.