BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 3 August 2022

[New post] PENGUSAHA TASKA DIDENDA RM7,000 TAMPAR KANAK-KANAK 2 TAHUN

Site logo image BERNAMA posted: " KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas. Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawat" ALHIJRAH ONLINE

PENGUSAHA TASKA DIDENDA RM7,000 TAMPAR KANAK-KANAK 2 TAHUN

BERNAMA

Aug 3

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi dalam kejadian di sebuah taska di Jalan Dato' Senu, di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Jun lepas.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Emelia Kaswati dalam penghakimannya berkata mahkamah perlu menjatuhkan satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya ia menjadi pengajaran kepada pengasuh lain agar tidak melakukan kesalahan sama.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan, dengan alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan merasa kesal atas perbuatannya.

"Selama tujuh tahun sebagai pengasas dan pengasuh di taska rumah, perkara ini tidak pernah berlaku dan saya mula mengasuh kerana minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi," katanya dalam nada yang sebak.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub pula memohon mahkamah supaya hukuman bentuk pengajaran diberikan memandangkan mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang merupakan ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, tulang pipi merah dan bengkak di atas bibir selepas mengambil mangsa dari taska tersebut.

Pengadu telah bertanya kepada Azlinawaty dan dia memaklumkan mangsa terhantuk dengan anak asuhan lain ketika bermain tetapi akhirnya mengaku menampar mangsa.

Hasil siasatan polis mendapati, Azlinawaty telah menampar mangsa beberapa kali kerana mangsa meluahkan semula makanan yang disuap olehnya.

Hasil pemeriksaan rawatan pula mendapati, kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat dipukul.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/pengusaha-taska-didenda-rm7000-tampar-kanak-kanak-2-tahun/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at August 03, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.