BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 30 October 2022

[New post] MAHASISWA MAHU BALIK MENGUNDI WALAU ADA KEKANGAN TAMBANG PENERBANGAN

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar hiasan (BERNAMA) KUALA LUMPUR: Perjalanan beratus kilometer merentasi laluan udara bukan penghalang buat kebanyakan mahasiswa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Um" ALHIJRAH ONLINE

MAHASISWA MAHU BALIK MENGUNDI WALAU ADA KEKANGAN TAMBANG PENERBANGAN

BERNAMA

Oct 30

Gambar hiasan (BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Perjalanan beratus kilometer merentasi laluan udara bukan penghalang buat kebanyakan mahasiswa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tidak mahu melepaskan manfaat pelepasan lima hari yang diberikan kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT), rata-rata mahasiswa bersemangat untuk 'balik kampung' bagi memilih calon dan parti pilihan masing-masing biarpun terdapat kekangan seperti harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi.

Pelajar Universiti Selangor (Unisel) Mohd Aznirulnaim Abd Azis,22, dari Tawau, Sabah teruja untuk mengundi buat pertama kali dan telah membeli tiket penerbangan lebih awal untuk pulang ke kampung halaman.

Mohd Aznirulnaim yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pengajian Islam) berkata beliau sanggup menggunakan duit simpanan semester untuk membeli tiket penerbangan pada harga RM394 sehala bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Saya amat galakkan semua mahasiswa di seluruh IPT awam dan swasta untuk pulang mengundi kerana perkara ini sangat penting. Kita perlu memikirkan masa depan generasi sekarang dan akan datang sekiranya mereka (mahasiswa) tidak keluar mengundi," katanya kepada Bernama.

Mohd Aznirulnaim bagaimanapun mencadangkan kerajaan memikirkan cara supaya tambang pengangkutan dapat dikurangkan pada musim pilihan raya untuk memudahkan mahasiswa pulang mengundi terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi pelajar Ijazah Doktor Perubatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Nurul Anis Ramli,19, beliau juga mahu pulang ke kampung halamannya di Pusing, Perak, untuk mengundi namun belum membeli tiket penerbangan kerana beberapa kekangan yang ada.

Nurul Anis berkata sekiranya tiada perkara yang menghalang, beliau akan membeli tiket penerbangan tidak lama lagi dengan harapan tambang akan menjadi lebih murah lebih-lebih lagi memikirkan beliau memerlukan banyak wang untuk pengajian.

"Cadangan saya, kerajaan sepatutnya menyediakan kenderaan untuk pelajar yang kurang berkemampuan kerana walaupun harga tiket sudah turun, bagi mereka ia masih satu perbelanjaan yang besar kerana mereka dapat menggunakan duit tambang itu untuk membeli keperluan hidup," katanya.

Lain pula bagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Nor Iqbal Mohd Sait, 24, yang masih 'berkira-kira' untuk pulang mengundi di Kuala Lumpur dengan mengambil kira harga tiket penerbangan sehala dari Sarawak ke ibu kota, yang boleh mencecah sehingga lebih RM400.

Oleh itu, Nor Iqbal yang merupakan pelajar Sarjana Sains Sosial (Sosiologi) menegaskan agar sistem pengundian yang disifatkan masih 'tradisional' perlu ditambah baik pada masa akan datang memandangkan dalam era globalisasi kini hampir semua aspek kehidupan sudah didigitalisasikan.

"Kawasan bandar patut menggalakkan e-voting yang menjadi kebiasan di negara besar seperti United Kingdom (UK), Perancis dan Filipina. Bagi kawasan luar bandar memang tidak dapat dinafikan kemudahan itu mungkin kurang berkesan.

Dalam pada itu, pelajar semester satu jurusan Undang-undang di Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Tirmizi Rabidin, 19, mengakui tidak dapat pulang ke Keningau, Sabah untuk mengundi memandangkan tambang penerbangan yang agak mahal berikutan trafik yang tinggi untuk pembelian tiket.

 Tambahan pula, menurut Muhammad Tirmizi beliau tidak mempunyai akses kepada penerbangan secara terus dari Alor Setar, Kedah ke Kota Kinabalu, Sabah.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 9 Okt lepas, seramai 1,393,549 pengundi berdaftar berumur 18 hingga 20 tahun dan 4,614,429 pengundi dalam lingkungan umur 21 hingga 29 tahun bagi PRU15.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan  pengundian awal pada 15 Nov. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/mahasiswa-mahu-balik-mengundi-walau-ada-kekangan-tambang-penerbangan/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at October 30, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Horse or Pony for Sale? List with us for free

Everything Horse Classifieds lets you list anything equestrian related for sale with fre...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • February 2026 (1)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.