BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 29 December 2022

[New post] ESSCOM BERI KEYAKINAN KEPADA PENDUDUK SELEPAS TRAGEDI PENCEROBOHAN

Site logo image Admin posted: " LAHAD DATU: Selepas sembilan tahun penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), penduduk di Timur Sabah terutama di Lahad Datu dan Semporna seperti sudah lali atau terbiasa dengan kehadiran pasukan keselamatan. Rondaan kerap" ALHIJRAH ONLINE

ESSCOM BERI KEYAKINAN KEPADA PENDUDUK SELEPAS TRAGEDI PENCEROBOHAN

Admin

Dec 29

LAHAD DATU: Selepas sembilan tahun penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), penduduk di Timur Sabah terutama di Lahad Datu dan Semporna seperti sudah lali atau terbiasa dengan kehadiran pasukan keselamatan.

Rondaan kerap dilakukan pasukan keselamatan sama ada di darat dan laut meyakinkan penduduk untuk keluar mencari rezeki meskipun pada lewat malam.

Dalam ketenangan itu muncul pula tuntutan daripada waris Sultan Sulu terhadap Sabah lagi.

Satu tuntutan yang dianggap akan diperbaharui setiap tahun selagi Sabah tidak menjadi milik mereka.

Ia bertitik tolak dengan dakwaan Malaysia tidak membayar wang pemisah sejak 2013 (pampasan) berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 dan oleh itu dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu, Dr Gondoza Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu.

Pada 11 Julai lalu, peguam pihak yang menuntut itu dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Bagaimanapun, PETRONAS dalam kenyataannya memaklumkan sudah melupuskan dua asetnya di Azerbaijan dan hasilnya sudah dipulangkan.

Tuntutan itu tentunya membimbangkan penduduk Sabah, terutamanya di Pantai Timur.

Dalam kebimbangan itu ada juga suara-suara yang menyatakan kehadiran anggota ESSCOM tidak lagi diperlukan kerana tiada pertumpahan darah berlaku lagi.

Bagi mendapatkan kepastian, saya sendiri turun padang ke Lahad Datu dan Semporna untuk mendengar, melihat dan memerhati kawasan yang pernah saya kunjungi ketika pencerobohan tentera bersenjata Sulu pada 2013.

Pada hari pertama saya berkunjung ke sebuah arked pakaian Lahad Datu mendapati peniaga mahu anggota ESSCOM terus ditugaskan melindungi dan menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk.

Peniaga Nadia Mat Kasani yang ditemui berkata keadaan ketika ini lebih aman.

"Sekarang lebih aman, ESSCOM dijaga ATM, PGA dan PDRM . Keselamatan lebih terjamin daripada dahulu berbanding ketika pencerobohan Tentera Bersenjata Sulu," katanya.

Perkara itu disokong oleh seorang lagi peniaga Rabiah Latif yang telah mencari rezeki di situ lebih 20 tahun.

"Alhamdulilah dengan adanya ESSCOM keadaan di Lahad Datu lebih selamat. Ketika pencerobohan 2013, keadaan agak tegang. Namun apabila ada anggota ESSCOM kami berasa keselamatan lebih terjamin.Sejak kehadiran mereka tiada kejadian buruk berlaku," katanya.

Seorang peniaga buah-buahan Benalin Saripon berkata tidak kedengaran lagi sebarang kekacauan besar berlaku selepas anggota ESSCOM ditempatkan di sekitar kawasan mereka berniaga.

"Dulu selalu ada kekacauan, sekarang aman sikit. Tidak dengar lagi sebarang kekacauan sehingga menjejaskan periuk nasi peniaga. Dulu memang tidak terkawal," katanya.

Kehadiran anggota ESSCOM bukan sahaja melindungi dan mengawal keselamatan penduduk tempatan dari anasir tidak baik, malah peniaga asing yang menumpang mencari rezeki juga mengakuinya.

Nanang Ibnu yang meniaga cili dan limau kasturi hasil penduduk tempatan berkata sebelum ini dia sering dikacau oleh pihak tertentu sebelum kehadiran anggota ESSCOM.

"Sekarang ok sudah, sebelum ini susah sikit, meniaga pun susah. Sebelum ada ESSCOM kami sering berlari, ada kala tidak sempat menyelamatkan barang perniagaan. Kehadiran ESSCOM mengentarkan pihak yang mahu mengambil kesempatan," katanya.

Pemilik Restoran Auliah yang terkenal di Lahad Datu, Abdul Salam Kassim yang telah menjalankan perniagaan sejak lebih 20 tahun lalu berkata pada 2013 ketika kejadian pencerobohan banyak pelabur yang menarik balik pelaburan mereka di situ.

Namun, kini sosio-ekonomi bertambah baik.

"Waktu insiden itu berlaku, rata-rata  penduduk Lahad Datu dan para peniaga telah meninggalkan kawasan ini. Ramai yang behijrah ke tempat lain dan ramai yang tutup perniagaan mereka dan pelabur ramai yang lari.

"Alhamdulilah wujudnya hampir 10 tahun ESSCOM di Lahad Datu, kita nampak sosi-ekonomi bertambah baik . Para pelabur pun dah berkunjung balik ke Lahad Datu," katanya.

Keyakinan itu disandarkan dengan komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan di bawah payung ESSCOM.

Kedaulatan negara tercalar dengan Peristiwa Lahad Datu yang meninggalkan sejarah hitam buat Malaysia apabila ramai perwira negara gugur mempertahankan negara daripada dicerobohi pengganas Sulu pada 2013.

Tragedi pencerobohan itu dikaitkan dengan insiden diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 pengganas Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. – AlHijrah Online

Penulis adalah Editor / Penerbit Berita AlHijrah.

Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/esscom-beri-keyakinan-kepada-penduduk-selepas-tragedi-pencerobohan/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at December 29, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.