BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 28 December 2022

[New post] IBU KANAK-KANAK MAUT DIDERA TERDUDUK, NANGIS LIHAT JENAZAH

Site logo image BERNAMA posted: " Jenazah kanak-kanak lelaki empat tahun dipercayai didera dibawa keluar oleh datuk saudaranya Ruslan Ahmad (kiri), 47, dari bilik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Gatom hari ini. --fotoBERNAMA " ALHIJRAH ONLINE

IBU KANAK-KANAK MAUT DIDERA TERDUDUK, NANGIS LIHAT JENAZAH

BERNAMA

Dec 28

Jenazah kanak-kanak lelaki empat tahun dipercayai didera dibawa keluar oleh datuk saudaranya Ruslan Ahmad (kiri), 47, dari bilik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail untuk dikebumikan di tanah Perkuburan Sungai Gatom hari ini. --fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Ibu kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir.

Wanita itu yang sedang menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam, Kluang akibat kesalahan dadah, tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada 2.15 petang tadi dengan diiringi dua pegawai penjara.

Dia yang memakai baju tahanan berwarna ungu diberi peluang melihat jenazah anaknya itu kira-kira lima minit dan dilihat menangis sebaik keluar dari bilik forensik itu sebelum menuju ke van Jabatan Penjara Malaysia. 

Bapa kanak-kanak itu juga sedang menjalani tempoh tahanan di Penjara Sungai Udang, Melaka atas kesalahan dadah.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada 11 beradik, meninggal dunia selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI, selepas dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang, Batu Pahat, sebelum meninggal dunia pada 26 Dis.

Sementara itu, datuk saudara mangsa Ruslan Ahmad, 47, yang pernah menjaga kanak-kanak itu sebelum ini terkilan dengan kejadian yang menimpa dan berharap agar individu yang didapati bersalah dikenakan hukuman setimpal.

Ruslan yang ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik HSI berkata mangsa pernah mendapat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun sebelum diserahkan kepadanya untuk dijaga selama sebulan.

"Sebelum ini ibunya pernah masuk penjara dan apabila keluar dia memohon agar arwah diberikan semula kepadanya untuk dijaga. Saya beri peluang kepada ibunya tetapi apabila ditangkap semula dan dimasukkan ke penjara sekali lagi, arwah dijaga pula oleh kakaknya," katanya.

Ruslan yang merupakan bapa saudara kepada bapa mangsa berharap agar dapat terus 'menyimpan' kanak-kanak itu dalam jagaannya jika tahu kejadian seumpama itu akan berlaku terhadap cucu saudaranya.

Terdahulu, van jenazah yang membawa kanak-kanak itu keluar dari pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI dengan diringi kenderaan polis pada 2.48 petang dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Gatom, Labis hari ini.

Hasil pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan kecederaan teruk hampir di seluruh badan kanak-kanak itu seperti kesan pukulan dan cucuh akibat benda panas.

Setakat ini, seramai lima individu berusia 15 hingga 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan, termasuk kakak mangsa berusia 19 tahun, suaminya berumur 37 tahun serta rakannya itu. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/ibu-kanak-kanak-maut-didera-terduduk-nangis-lihat-jenazah/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at December 28, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.