BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 28 December 2022

[New post] PERMAISURI JOHOR ZAHIR RASA SEDIH KES KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIDERA

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber gambar: Facebook The Royal Johor JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan rasa sedih apabila menerima perkhabaran kes kematian kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Paha" ALHIJRAH ONLINE

PERMAISURI JOHOR ZAHIR RASA SEDIH KES KANAK-KANAK MAUT DIPERCAYAI DIDERA

BERNAMA

Dec 29

Sumber gambar: Facebook The Royal Johor

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan rasa sedih apabila menerima perkhabaran kes kematian kanak-kanak lelaki yang dipercayai menjadi mangsa dera di Senggarang, Batu Pahat, Isnin lepas. 

Baginda bertitah agar seluruh rakyat Malaysia supaya lebih peka dan mengambil berat akan keselamatan kanak-kanak.

"Sungguh memilukan hati saya mendengar penerangan daripada Ketua Polis (Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat), sehingga beliau sendiri menitiskan air mata. Ia mengingatkan saya kepada kes mendiang 'Baby Bala' pada tahun 1990 yang turut membawa kepada penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001.

"Sebagai seorang ibu dan juga nenek, saya bukan sahaja menyeru, bahkan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya lebih peka dan ambil berat akan keselamatan kanak-kanak. Setiap nyawa, tidak ternilai harganya," titah baginda menerusi hantaran di Facebook The Royal Johor. 

Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Kamarul Zaman bagi menerima persembahan makluman mengenai fakta-fakta kes itu di Istana Bukit Serene di sini, semalam. 

Turut hadir pada pertemuan itu, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Datuk Amir Nasruddin dan Presiden Johor Women's League (JEWEL) Thanam Visvanathan-Suresh bagi menyampaikan pandangan daripada sudut perundangan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Permaisuri Johor turut bertitah agar kematian kanak-kanak itu tidak sia-sia dan menjadi peringatan kepada masyarakat untuk lebih peka dalam usaha melindungi golongan itu.

"Ada pepatah menyebut satu kampung diperlukan untuk membesarkan seorang kanak-kanak. Kanak-kanak mengharapkan dan memerlukan kita ahli masyarakat untuk menjaga keselamatan mereka. Janganlah kita lepas tangan sehingga terjadi penderaan berlarutan dan kehilangan nyawa. 

"Kita semua ada peranan yang amat penting dalam masyarakat iaitu melindungi kanak-kanak daripada didera. Tanggungjawab kita adalah amat besar. Jangan lupa itu adalah amalan dari Allah Yang Maha Esa," titah baginda.

Selasa lepas, Kamarul Zaman dilaporkan berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di sini sejak 23 Dis setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang sebelum meninggal dunia, Isnin lepas.

Mangsa dijaga oleh kakaknya selepas ibu bapa mereka dihukum penjara kerana kesalahan dadah sebelum diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

Sehingga kini, lima individu berusia lingkungan 15 hingga 37 tahun sedang direman bagi membantu siasatan termasuk kakak mangsa yang berusia 19 tahun dan suaminya, 37. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/permaisuri-johor-zahir-rasa-sedih-kes-kanak-kanak-maut-dipercayai-didera/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at December 28, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.