BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 1 December 2022

[New post] PKP TIDAK HALANG PASANGAN POLIS GENGGAM IJAZAH SARJANA

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber Gambar: BERNAMA SERDANG: Cabaran yang dihadapi sebagai petugas barisan hadapan, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak sesekali melunturkan semangat sepasang suami isteri untuk menggenggam ijazah sarjana dalam bid" ALHIJRAH ONLINE

PKP TIDAK HALANG PASANGAN POLIS GENGGAM IJAZAH SARJANA

BERNAMA

Dec 1

Sumber Gambar: BERNAMA

SERDANG: Cabaran yang dihadapi sebagai petugas barisan hadapan, khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak sesekali melunturkan semangat sepasang suami isteri untuk menggenggam ijazah sarjana dalam bidang komunikasi.

Insp Mohd Hafiz Hafizul Mohd Khaidir, 35, dan isteri Insp Siti Narika Amirudin, 34, antara graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini, bersyukur akhirnya dapat menamatkan pengajian mereka dalam tempoh dua tahun.

Mohd Hafiz Hafizul yang juga Pegawai Penguatkuasa di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur berkata segala cabaran dan halangan dihadapi menjadi pencetus semangat untuk meneruskan pengajian, di samping menabur bakti kepada masyarakat serta negara tercinta.

"Sepanjang tempoh pengajian, kami bukan sahaja terpaksa bekerja dalam tempoh 24 jam secara bergilir sementara cuti pula dibekukan.

"Dalam tempoh itu juga, kami terpaksa belajar secara dalam talian walaupun ketika waktu operasi sekatan jalan raya dengan suasana bising akibat daripada bunyi kenderaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Siti Narika yang pada suatu ketika hampir berputus asa, bersyukur pensyarah dan majikan begitu memahami keadaan mereka.

"Masa itu kami rasa tak boleh nak beri komitmen lagi. Banyak benda perlu dibuat dalam satu-satu masa. Belum lagi masa dengan anak-anak.

"Tapi pensyarah sentiasa memberi kata-kata semangat dan bertolak ansur terutamanya dalam soal tugasan," katanya yang bertugas sebagai Pegawai Perlesenan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Menurut pasangan yang mempunyai dua orang anak itu, mereka memilih jurusan itu kerana kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi anggota polis terutama dalam aspek penyampaian maklumat serta pencegahan jenayah kepada rakyat.

Terdahulu, Pro Canselor UPM Prof Emeritus Datuk Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie menyampaikan ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada 830 graduan pada majlis konvokesyen itu.

Dalam pada itu doktor veterinar A. Khanmani, 28, sangat berpuas hati dapat membanggakan ibunya apabila memperoleh Ijazah Sarjana Sains Veterinar dengan keputusan cemerlang.

Anak sulung dari empat beradik itu berkata ibunya seorang pemandu bas sekolah hilang pekerjaan semasa PKP, justeru beliau mengambil inisiatif menjual manisan tradisional India ladu secara dalam talian bagi menyara kehidupan.

"Ketika itu saya terpaksa belajar secara dalam talian dan walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan, saya juga perlu berusaha mencari nafkah membantu ibu.

"... dan walaupun ada kekangan kerana belajar dari rumah, saya bersyukur dapat lulus dengan cemerlang. Setiap perkara yang saya buat, saya pasti akan melakukannya dengan terbaik, supaya ibu bangga," katanya yang turut berhasrat melanjutkan pengajian pada peringkat PhD.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/pkp-tidak-halang-pasangan-polis-genggam-ijazah-sarjana/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at December 01, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ros Canter and Lordships Graffalo Lead After Dressage at Badminton Horse Trials

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • May 2026 (8)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.