BadmintonDigest

BadmintonDigest

Monday, 2 January 2023

[New post] CAKE MINTA KERAJAAN KEDAH PANTAU JUDI DALAM TALIAN, KURANGKAN LESEN JUALAN ARAK

Site logo image BERNAMA posted: " ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian, di samping menyuarakan harapan agar lesen penjualan minuman keras pula dapat dikurangkan. Presid" ALHIJRAH ONLINE

CAKE MINTA KERAJAAN KEDAH PANTAU JUDI DALAM TALIAN, KURANGKAN LESEN JUALAN ARAK

BERNAMA

Jan 2

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian, di samping menyuarakan harapan agar lesen penjualan minuman keras pula dapat dikurangkan.

Presidennya Mohamad Yusrizal Yusoff berkata susulan langkah menutup sepenuhnya premis perjudian dan loteri di Kedah, pihaknya juga berharap kerajaan negeri dapat memantau kegiatan perjudian dalam talian yang dipercayai akan berleluasa.

"Tahniah kepada kerajaan Kedah kerana berjaya menutup premis perjudian dan loteri selepas tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mereka. CAKE berharap pihak berkuasa dapat memperketatkan lagi undang-undang terutamanya berkaitan perjudian dalam talian," katanya.

Beliau yang ditemui ketika membuat tinjauan harga dan bekalan barangan keperluan di Pasar Besar Alor Setar dekat sini hari ini berkata sebelum ini pihaknya banyak menerima laporan daripada penghulu dan wakil kampung berhubung kegiatan perjudian dalam talian yang berlaku di kawasan mereka.

"Selain itu persatuan juga berharap kerajaan negeri dapat mengurangkan lesen penjualan minuman keras bagi menghadkan penjualan arak yang dijual secara berleluasa di kedai-kedai biasa. Cara ini sekurang-kurangnya dapat menggurangkan kadar kemalangan kerana ada kes membabitkan pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk," katanya.

Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan operasi semua premis perjudian dan loteri di Kedah tamat apabila kerajaan negeri memutuskan untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian yang tamat tempoh pada 31 Dis 2023. -- AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/cake-minta-kerajaan-kedah-pantau-judi-dalam-talian-kurangkan-lesen-jualan-arak/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at January 02, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Merry Christmas from Everything Horse (and thank you)

Thanks for reading, sharing, and supporting us this year. Here's to a brilliant 2026...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.