BadmintonDigest

BadmintonDigest

Monday, 2 January 2023

[New post] COVID-19: KKM SEDIA KETATKAN SOP KESIHATAN DI PINTU MASUK NEGARA

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar Fail - Bernama KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu " ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: KKM SEDIA KETATKAN SOP KESIHATAN DI PINTU MASUK NEGARA

BERNAMA

Jan 2

Gambar Fail - Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.

Beliau berkata dengan pelanjutan Malaysia sebagai 'Kawasan Tempatan Jangkitan" sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan, susulan lonjakan semula kes wabak itu di China.

Menurutnya KKM memandang serius kebimbangan rakyat berhubung kenaikan kes COVID-19 di China serta sekatan yang dibuat beberapa negara lain terhadap pengembara dari negara republik berkenaan, dan perkara itu adalah keutamaan KKM ketika ini.

"KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes wabak itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Zaliha berkata KKM juga sentiasa bersiap siaga meningkatkan kapasiti kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurutnya KKM sentiasa mengambil polisi berpandukan dan berasaskan sains serta data yang tepat selain berhubung rapat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), China serta rakan-rakan negara ASEAN.

"WHO telah mengadakan mesyuarat dengan China bagi urusan perkongsian data terkini dan ia akan diteruskan bagi mengetahui secara terperinci maklumat, situasi dan pengurusan COVID-19 di negara berkenaan.

"Berdasarkan maklumat yang dilaporkan negara China kepada pihak WHO, varian dan subvarian yang ada di China, juga telah dikesan di Malaysia," katanya.

Penghujung tahun lepas, China melaporkan berlaku lonjakan kes COVID-19 berikutan varian Omicron yang merebak dengan pantas, dan beberapa negara mengambil keputusan untuk menyekat kemasukan pengembara dari China ke negara mereka sebagai langkah menghalang penularan wabak itu.

Sementara itu Dr Zaliha berkata berdasarkan maklumat sedia ada, vaksin COVID-19 berkesan dengan memberi perlindungan dari mendapat gejala teruk akibat jangkitan virus itu, dan ia sepatutnya mengurangkan kemasukan ke hospital.

Selain itu katanya vaksin Bivalent akan dibekalkan kepada Malaysia tidak lama lagi berikutan kelulusan pendaftaran bersyarat yang diberikan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, baru-baru ini.

"Pengumuman akan dibuat selepas bekalan diterima bersama dengan kriteria kelayakan untuk mendapatkannya.

"KKM menggesa orang ramai yang menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin Bivalent. Vaksin Monovalent sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian," katanya.

Dr Zaliha berharap peratusan pengambilan dos penggalak terus meningkat, terutama golongan berisiko memandangkan ketika ini hanya 49.8 peratus daraipada rakyat Malaysia sudah mendapat vaksin dos penggalak pertama dan hanya 1.9 peratus mengambil vaksin dos penggalak kedua.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar terus menjaga kesihatan kendiri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi saranan serta nasihat kesihatan. -- AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/covid-19-kkm-sedia-ketatkan-sop-kesihatan-di-pintu-masuk-negara/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at January 02, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Merry Christmas from Everything Horse (and thank you)

Thanks for reading, sharing, and supporting us this year. Here's to a brilliant 2026...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.