BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 28 February 2023

[New post] Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 kini kembali

Site logo image cakapsukan posted: "SETELAH tiga tahun agak menyepi dan tidak dapat dianjurkan seperti kebiasaan ekoran pandemik Covid-19, acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 kini kembali menemui peserta pada tahun ini. Acara Duo Highway Challenge ini melibatkan dua laria" https://cakapsukan.com

Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 kini kembali

cakapsukan

Feb 28

SETELAH tiga tahun agak menyepi dan tidak dapat dianjurkan seperti kebiasaan ekoran pandemik Covid-19, acara larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023 kini kembali menemui peserta pada tahun ini.

Acara Duo Highway Challenge ini melibatkan dua larian iaitu Besraya Highway Challenge yang akan berlangsung pada 21 Mei serta NPE Highway Challenge pada 9 Julai di mana peserta boleh membuat pilihan sama ada menyertai salah satu larian atau kedua-duanya sekali.

Sejak dianjurkan pada 2017, IJM Allianz Duo Highway Challenge sentiasa mendapat sambutan hangat apabila jumlah penyertaan sentiasa meningkat sepanjang tahun sehingga 2019.

Untuk penganjuran kali ini, kira-kira 15,000 jumlah peserta dijangka untuk menyertai keduadua larian dengan membabitkan 15 peratus peserta dari luar negara dan 85 peratus peserta tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk mengumumkan penganjuran IJM Allianz Duo Highway

"Challenge 2023 kini kembali. Ini membuktikan komitmen jangka panjang kami untuk terus menyumbang secara positif kepada sukan dan masyarakat.

"Kami juga berbangga melihat acara ini berkembang dengan baik dan berharap Duo Highway Challenge akan menjadi acara larian yang dinanti-nantikan di dalam kalendar tahunan setiap peserta larian.

"Keselamatan para peserta sentiasa menjadi keutamaan kami agar mereka dapat berlari dengan selamat di samping menikmati pemandangan indah" katanya pada sidang media larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2023.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, sebagai penaja bersama, Allianz Malaysia sekali lagi berbangga untuk berkerjasama dengan IJM Corporation Berhad dalam menganjurkan IJM Allianz Duo Highway Challenge.

"Kami berasa gembira apabila acara seumpama ini dianjurkan semula selepas pandemik,  acara ini diharap  mampu menarik minat penggemar acara larian dalam memupuk semangat berdaya saing dan pada masa yang sama, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk kembali aktif dan mengambil bahagian serta menyahut cabaran yang unik ini demi kesihatan dan kesejahteraan mereka.

"Objektif dan tujuan IJM serta Allianz adalah untuk memberikan semula sumbangan kepada masyarakat dengan menyokong gaya hidup sihat," jelasnya.

Untuk Besraya Highway Challenge, dua kategori ditawarkan iaitu Terbuka 6km serta Cabaran Larian 13km yang membabitkan peserta mengikut kategori umur tertentu dengan tema 'Conquer The Highway'.

Manakala, NPE Highway Challenge pula yang bertemakan 'King Of The Highway' menawarkan tiga kategori iaitu Fun Run 5km, 10km serta Cabaran Larian 21km yang mengikut peringkat umur tertentu.

IJM Allianz Duo Highway Challenge adalah penganjuran larian kali pertama di dunia membabitkan dua lebuhraya utama di Malaysia. Kedua-dua lebuhraya yang diuruskan oleh IJM itu akan ditutup sepenuhnya sepanjang penganjuran larian berkenaan.

 

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from https://cakapsukan.com.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://cakapsukan.com/2023/02/28/larian-ijm-allianz-duo-highway-challenge-2023-kini-kembali/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at February 28, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.