BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 28 February 2023

[New post] PENGASAS KUMPULAN ZIKIR ASMAUL HUSNA BERDEPAN PERTUDUHAN SEBAR AJARAN SALAH

Site logo image Faez posted: " SEREMBAN: Pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam. Wan Maseri Wan Mohd, 59, didakwa melakuk" ALHIJRAH ONLINE

PENGASAS KUMPULAN ZIKIR ASMAUL HUSNA BERDEPAN PERTUDUHAN SEBAR AJARAN SALAH

Faez

Feb 28

SEREMBAN: Pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam.

Wan Maseri Wan Mohd, 59, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Nuri Balai Panjang, Johol, Kuala Pilah pada 9.45 pagi semalam mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wanita itu didakwa menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lain bahawa dia adalah jurutaip Allah, roh manusia adalah daripada zat Allah dan segala tindakan adalah berdasarkan arahan terus daripada Allah.

Hakim Syarie Ruzita Ramli membenarkan Wan Maseri diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin penjawat awam dan menetapkan 4 April sebagai tarikh sebutan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Rohaizad Redzuan memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin penjawat awam kerana ajaran yang dibawa tertuduh telah tersebar luas melalui media sosial.

Beliau juga berkata pihaknya akan membawa saksi pada prosiding perbicaraan yang bakal ditetapkan mahkamah memandangkan Wan Maseri tidak berhasrat melantik peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Wan Maseri dihukum penjara setahun dan denda RM3,000 selepas mengaku mengajar tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di bawah Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.

Hakim Syarie Sabarudin Bidin memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap semalam selain tempoh tambahan selama enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagi kesalahan ini, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 Pindaan 2019.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/pengasas-kumpulan-zikir-asmaul-husna-berdepan-pertuduhan-sebar-ajaran-salah/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at February 28, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.