BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 1 February 2023

[New post] RUMAH PANGSA JADI TEMPAT SUMBUNYI AL-QURAN TIADA KELULUSAN KDN

Site logo image Admin posted: " BUTTERWORTH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu sebuah rumah pangsa yang dijadikan stor penyimpanan Al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) KDN pada 9 Januari lepas. Dalam serbuan di Taman Alma , " ALHIJRAH ONLINE

RUMAH PANGSA JADI TEMPAT SUMBUNYI AL-QURAN TIADA KELULUSAN KDN

Admin

Feb 1

BUTTERWORTH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu sebuah rumah pangsa yang dijadikan stor penyimpanan Al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) KDN pada 9 Januari lepas.

Dalam serbuan di Taman Alma , Bukit Mertajam itu sebanyak 1,907 naskah Al-Quran dan 2,060 bahan Al-Quran bernilai RM160,000 berjaya dirampas.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita dapati premis yang diperiksa tersebut telah melakukan aktiviti pengedaran, penjualan Al-Quran dan bahan Al Quran sebagai sumber pendapatan utama dan telah menjalankan aktiviti ini sejak tahun 2022 hingga sekarang," katanya pada sidang akhbar di Pejabat KDN Pulau Pinang, di Butterworth hari ini.

Nik Yusaimi berkata, Al-Quran tanpa kelulusan itu dibimbangi kandungannya menyalahi sama ada dari segi ayat, baris dan boleh menyebabkan umat Islam salah membaca dan berlainan maksud.

Ujarnya, naskah Al-Quran yang dirampas itu didapati terdapat kandungannya yang turut dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengharamkan sebarang ejaan ayat suci Al-Quran dalam tulisan rumi.

Selain itu, siasatan juga mendapati Al-Quran yang dirampas tidak mengikut resam Uthmani yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Siasatan turut mendapati kesemua naskah dan bahan Al-Quran itu dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum dijual menerusi platfom dalam talian, infak dan diedarkan di seluruh negara.

Nik Yusaimi berkata, semua rampasan dibuat kerana ia melibatkan kesalahan Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Jelasnya, tujuan Ops Mulia ini dijalankan adalah bagi membanteras pengedaran, penjualan Al-Quran dan bahan Al-Quran yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang menyalahi APTQ 1986.

Mengulas lanjut, katanya terdapat 912 jenis terbitan al-Quran yang telah diluluskan KDN sebagai pilihan sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar di kalangan masyarakat.

Justeru pihaknya menyeru masyarakat agar tidak memilih nashkah Al-Quran yang tiada kelulusan dengan menyemak perakuan dan hologram KDN pada naskah Al-Quran terlibat. – AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/rumah-pangsa-jadi-tempat-sumbunyi-al-quran-tiada-kelulusan-kdn/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at February 01, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (5)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.