KLUANG: Seorang lelaki menjadi korban pertama banjir di Johor selepas maut dipercayai terperangkap dalam sebuah kereta yang dibawa arus banjir, di Jalan GSA, Chamek, Paloh, Kluang, hari ini.
Ketua Polis Daerah ACP Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 20 tahun ditemui meninggal dunia dalam keretanya akibat lemas kira-kira jam 12.20 tengahari tadi.
Arus air laju dari kawasan ladang berhampiran jalan dipercayai telah menolak kenderaan mangsa ke dalam kawasan ladang bertentangan.
Mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan selepas polis menerima laporan pada jam 7.20 pagi sebelum menjumpai mayat pada lima jam kemudian.
Mayat dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi tindakan lanjut.—AlHijrah Online
No comments:
Post a Comment