BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 30 March 2023

[New post] PULANG BELI JUADAH, LELAKI TERKEJUT RUMAH DIHEMPAP POKOK

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar BERNAMA SIK: Seorang lelaki yang baru pulang daripada membeli juadah berbuka, terkejut melihat rumah yang didiaminya sejak kecil dihempap pokok cempedak tumbang, dalam kejadian ribut petang semalam. Jalil Ahmad, 49, dari Kampung Berona Kiri " ALHIJRAH ONLINE

PULANG BELI JUADAH, LELAKI TERKEJUT RUMAH DIHEMPAP POKOK

BERNAMA

Mar 30

Gambar BERNAMA

SIK: Seorang lelaki yang baru pulang daripada membeli juadah berbuka, terkejut melihat rumah yang didiaminya sejak kecil dihempap pokok cempedak tumbang, dalam kejadian ribut petang semalam.

Jalil Ahmad, 49, dari Kampung Berona Kiri dekat sini berkata rumah pusaka itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung dapur.

"(Sebelum kejadian) saya keluar rumah untuk membeli juadah berbuka di pekan Jeniang dan keadaan ketika itu mulai hujan berserta angin kencang… pokok yang tumbang terkena bumbung pada bahagian dapur," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau yang bekerja sendiri berkata penduduk kampung membantu mengalihkan pokok itu dengan memotong batang dan dahan, selain turut membersihkan kawasan sekitar.

Seorang lagi mangsa ribut itu, Azizun Abdul Rahman, 57, berkata kira-kira 10 keping atap rumahnya tercabut diterbangkan angin kencang sehingga menyebabkan bahagian dalam rumah dimasuki air.

"Masa kejadian, saya dengan anak perempuan sedang berehat di dalam rumah, tingkat bawah...tiba-tiba dengar bunyi bising seakan bumbung terangkat dan air hujan mula membasahi rumah.

"Habis basah selimut dan barang-barang rumah yang disimpan di tingkat atas, mujur barang-barang untuk buat kuih raya tidak terjejas, kalau tidak, tak dapat saya buat jualan kuih raya tahun ini. Kejadian ribut pada tahun 2014 dulu pernah jadi juga, cuma tak seteruk kali ini," katanya.

Sementara itu, pemilik bengkel kereta Zuraimi Zainon, 51, berkata bengkelnya turut terkesan dengan ribut berkenaan apabila bumbung tercabut, namun dia bernasib baik kerana sempat mengalihkan kereta pelanggan ke tempat selamat. 

"Lima tahun saya di sini, ini kali pertama diuji dengan kejadian seperti ini...sepanjang Ramadan, saya akan tutup kedai pada pukul 4 petang, tetapi semalam saya terpaksa tutup lewat sebab menunggu pelanggan datang ambil kereta yang siap dibaiki," katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik Left (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata kira-kira 30 premis kediaman dan kedai dilaporkan rosak akibat ribut yang melanda dua kampung di mukim Jeneri dekat sini, pada kira-kira 5 petang.

"Sebanyak 10 rumah dilaporkan mengalami kerosakan kritikal manakala 20 (rumah) lagi separa kritikal...dua buah kampung yang terjejas ialah di Kampung Berona Kanan dan Kampung Berona Kiri.

"APM turut menerima laporan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas dan tindakan telah diambil bagi membantu mangsa ribut serta membersihkan laluan," katanya dalam kenyataan hari ini. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/pulang-beli-juadah-lelaki-terkejut-rumah-dihempap-pokok/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Learn how to build your website with our video tutorials on YouTube.


Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at March 30, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (5)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.