BadmintonDigest

BadmintonDigest

Saturday, 29 April 2023

[New post] ANWAR MAHU PEMASANGAN PAPAN IKLAN BAHARU PAPAR WAJAHNYA, MALAYSIA MADANI DIHENTIKAN

Site logo image BERNAMA posted: " Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Hotel Raia, hari ini. --fotoBERNAMA ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan ikl" ALHIJRAH ONLINE

ANWAR MAHU PEMASANGAN PAPAN IKLAN BAHARU PAPAR WAJAHNYA, MALAYSIA MADANI DIHENTIKAN

BERNAMA

Apr 29

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Hotel Raia, hari ini. --fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan iklan (billboard) baharu yang memaparkan wajah dirinya dan Malaysia MADANI yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta-merta.

Beliau berkata pemasangan papan iklan itu tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya, dan beliau mahukan supaya peruntukan bagi pemasangan papan iklan berkenaan dimanfaatkan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun katanya bagi papan-papan iklan yang telah siap dan dipasang, termasuk di tepi-tepi jalan, ia boleh dikekalkan.

"Saya datang dalam perjalanan ke Alor Setar, dan semalam beritahu tentang billboard Anwar dan MADANI itu di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.

"Saya sudah beritahu tidak payah belanja ini, dijawab oleh jabatan yang berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan (maka) ia dipindahkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini hari ini.

Anwar berkata beliau faham mengenai perkara itu, namun berpandangan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan lain, dan beliau mahukan supaya semua pengeluaran papan iklan baharu bagi tujuan itu dihentikan bagi mengelak pembaziran.

Jelasnya perkara itu tidak boleh diteruskan bagi menunjukkan pendirian sebenar Kerajaan MADANI, dan beliau meminta supaya ia dihormati.

"Pegawai yang terlibat itu mungkin merasakan ini hanya meneruskan dasar yang sedia ada, jadi saya tak salahkan, kebetulan saya tidak dimaklumkan dan saya tidak boleh memberi keputusan (ketika itu).

"Oleh kerana saya sudah dimaklumkan, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada tetapi tidak boleh diteruskan," katanya.

Sementara itu dalam sesi temu bual secara langsung bersama Bernama TV di majlis sama, Perdana Menteri berkata Kedah mempunyai potensi untuk berkembang bersama negeri-negeri lain jika dapat diuruskan dengan baik.

"Kedah ini dikenali sebagai Jelapang Padi dan kita ada Kulim Hi-Tech Park, pelaburan baru, (kemudian) usaha kita untuk membina pelabuhan di Sanglang itu akan diteruskan, dan juga tentang Kedah serta Perlis untuk bina pelabuhan selain lintasan pelabuhan darat yang sedang direncanakan.

"Ia akan mengangkat kedudukan Kedah, Perlis bersama Pulau Pinang dan Perak tentunya sebagai negeri yang lebih maju dan potensinya besar, tetapi ia harus diurus dengan baik serta ada kerjasama yang rapat dan mantap antara (kerajaan) negeri dan Persekutuan," katanya. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/anwar-mahu-pemasangan-papan-iklan-baharu-papar-wajahnya-malaysia-madani-dihentikan/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Learn how to build your website with our video tutorials on YouTube.


Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at April 29, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (8)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.