SUNGAI BESAR: Seorang lelaki berdepan dengan hukuman mati selepas didakwa membunuh dan membakar teman wanita yang hamil empat bulan di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada 22 Mei lalu.
Terdahulu suspek yang juga bekas penuntut kolej tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Sungai Besar pada jam 8.55 pagi tadi.
Media sebelum ini melaporkan luka akibat tikaman di dada menjadi punca seorang pelayan restoran maut selain dikelar di perut sebelum mayat mangsa dibakar oleh teman lelakinya.
Pada 24 Mei lepas, Agus Salim dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, berkata suspek yang berusia 20 tahun telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.
Beliau berkata suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat tersebut sekali lagi. --AlHijrah Online
MENYUSUL LANJUT
No comments:
Post a Comment