BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 31 August 2023

[New post] KEMBARA KENALI BORNEO REALISASIKAN IMPIAN AGONG DEKATI RAKYAT SABAH, SARAWAK

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber Gambar: BERNAMA KUALA LUMPUR: Kembara Kenali Borneo, satu pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, bakal merealisasikan impian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-" ALHIJRAH ONLINE

KEMBARA KENALI BORNEO REALISASIKAN IMPIAN AGONG DEKATI RAKYAT SABAH, SARAWAK

BERNAMA

Sep 1

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kembara Kenali Borneo, satu pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, bakal merealisasikan impian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

Keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk menelusuri Lebuhraya Pan Borneo dalam program pengembaraan yang pertama kali diadakan oleh seorang ketua negara, pastinya membuka peluang keemasan bagi rakyat di kedua-dua negeri untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat pasangan diraja dan delegasi.

Kembara Kenali Borneo, bermula dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak mulai 3 hingga 13 Sept, akan mencatat sejarah tersendiri dan pengalaman unik kerana pelbagai program serta aktiviti bersama rakyat dirancang seperti dihasratkan Seri Paduka untuk mengenali lebih dekat penduduk kedua-dua negeri yang kaya dengan adat resam, budaya dan seni kraf suku kaum.

Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya, yang juga Ketua Pegawai Operasi Kembara Kenali Borneo, berkata beberapa program diatur untuk Seri Paduka berdua mendekati rakyat dan santap bersama dengan komuniti setempat, melawat tempat menarik dengan keunikan alam semula jadi dan tamu atau pasar harian yang sinonim dengan masyarakat setempat.

"Program-program ini tidak diminta oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Tuanku (Seri Paduka berdua) sendiri yang menyatakan hasrat untuk melawat lokasi yang dipilih…dan mengambil peluang untuk melihat kawasan-kawasan lain (di Sabah dan Sarawak).

"Malah Tuanku turut menyatakan hasrat untuk sumbang kurnia kepada pihak yang memerlukan," katanya kepada pemberita di Istana Negara, baru-baru ini.

Mohamed Zahari berkata Seri Paduka berdua turut berhasrat menikmati makanan tempatan Sabah dan Sarawak, selain ingin merasai pengalaman memandu sendiri kereta menelusuri Lebuhraya Pan Borneo seperti dizahirkan  Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada pembukaan sidang Parlimen, Februari lepas.

Beliau berkata Kembara Kenali Borneo membawa makna tersendiri kerana Yang di-Pertuan Agong ibarat simbol perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, apatah lagi ia diadakan tatkala rakyat masih dalam suasana Bulan Kebangsaan, meraikan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 Sept.

"Kami berpendapat dengan kembara ini, Tuanku akan dapat merapatkan perhubungan antara rakyat dan perpaduan di Malaysia khususnya dalam masyarakat berbilang kaum," katanya.

Jelajah Kembara Kenali Borneo akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Selain Tawau, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual singgah di lapan daerah iaitu  Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Lawas, Sarawak pada tempoh 3 hingga 7 Sept sebelum memasuki Brunei.

Bagi laluan selanjutnya, Seri Paduka berdua dan rombongan dijadual memulakan perjalanan dari Miri pada 9 Sept dan menyertai aktiviti bermukun (bergendang), sukan dan kenduri rakyat di Pantai Bungai Bekenu, sebelum bergerak ke Bintulu, Tatau, Sibu, Sri Aman, Kuching dan akhirnya ke Telok Melano.

"Raja Permaisuri Agong turut bertitah bahawa baginda ingin melihat kraftangan rakyat tempatan," katanya, merujuk antara pusat kraftangan yang akan dilawati Seri Paduka berdua iaitu di Penampang, Sabah dan Miri, Sarawak.

Selain itu, Mohamed Zahari berkata Tunku Azizah akan menyertai aktiviti memasak bersama komuniti setempat dalam Kembara Kenali Borneo seperti dihasratkan sendiri oleh Raja Permaisuri Agong.

"Berdasarkan perancangan setakat ini, ada dua tempat (aktiviti memasak diadakan) iaitu di Lahad Datu, Sabah dan Rumah Panjang Raymond Plen, Bintulu, Sarawak. Insya-Allah (penduduk setempat) akan dapat merasai masakan daripada air tangan Tuanku (Raja Permaisuri Agong)," katanya.

Mohamed Zahari berkata pihak Istana Negara mendapat kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah serta Sarawak bagi memastikan kelancaran dan aspek berkenaan berada pada tahap yang baik.

"Saya bagi pihak Istana Negara ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, terutamanyaTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak atas kerjasama baik yang diberikan bagi merealisasi dan menjayakan impian Tuanku berdua," katanya.

Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 6 Sept dan Kerajaan Negeri Sarawak, Kuching pada 12 Sept.--AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/kembara-kenali-borneo-realisasikan-impian-agong-dekati-rakyat-sabah-sarawak/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at August 31, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, exclusive event reports & member articles from ...

  • [New post] 12 High-Earning Side Hustles for Creative People
    admin posted: " Opinions expressed by Entrepreneur contributors are their own. It never hurts to have mu...
  • [New post] Every Website Has a Gift Section—These 40 Items Will Go Out of Stock First
    admin posted: " Not going to lie—one of my favorite things about the holiday season is gift guides. I enjoy maki...
  • [New post] The year space internet takes off
    Admin...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • August 2025 (4)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.