BadmintonDigest

BadmintonDigest

Saturday, 2 September 2023

[New post] KEMALANGAN SEGAMAT: NORAHIMAH SEMPAT BERGURAU ‘GAMBAR TERAKHIR’ KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

Site logo image BERNAMA posted: " SEGAMAT: Norahimah Noor Muhammad, yang maut bersama suami dan empat anaknya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, semalam, pernah bergurau mengenai merakamkan gambar terakhir ketika majlis perkahwinan adik bongsunya di Muar, Ahad lepas. " ALHIJRAH ONLINE

KEMALANGAN SEGAMAT: NORAHIMAH SEMPAT BERGURAU 'GAMBAR TERAKHIR' KETIKA MAJLIS PERKAHWINAN ADIK

BERNAMA

Sep 2

SEGAMAT: Norahimah Noor Muhammad, yang maut bersama suami dan empat anaknya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, semalam, pernah bergurau mengenai merakamkan gambar terakhir ketika majlis perkahwinan adik bongsunya di Muar, Ahad lepas.

Kakak mangsa, Noorhayati Noor Muhammad, 51, berkata kali terakhir dia bertemu adiknya di rumah ibunya di Parit Jawa, Muar adalah semasa majlis perkahwinan tersebut, apabila mangsa bergurau dan mengatakan gambar yang diambil adalah yang terakhir baginya.

"Rupanya-rupanya dia sekeluarga pergi buat selama-lamanya semalam. Sebelum dia meninggalkan kami, tiada perkara yang pelik-pelik dilakukannya, arwah merupakan seorang yang sentiasa ceria, namun seorang yang tegas.

"Kami difahamkan kemalangan ini berlaku apabila adik ipar saya juga suami arwah, Amir Ruddin Ismail, bersama Norahimah serta anaknya dalam perjalanan dari Ladang Tereh Utara, Kluang, untuk menghantarnya pulang ke rumah di Felda Kemedak, Segamat," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Segamat, di sini, hari ini.

Amir Ruddin, 46, merupakan imam di sebuah masjid di Kluang manakala Norahimah bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah agama di Felda Kemedak, Segamat.

Noorhayati berkata sebelum ini dia hanya melihat dan mendengar berita kemalangan jalan raya yang membabitkan kematian ahli keluarga yang ramai di televisyen dan surat khabar.

Katanya, dia sekeluarga tergamam apabila menerima berita kemalangan maut yang melibatkan adiknya itu bersama suami dan anak-anak mereka daripada WhatsApp.

"Saya sememangnya masih terkejut. Inilah kali pertama ahli keluarga kami meninggal akibat kemalangan, kami empat beradik, dia (arwah) anak ketiga manakala saya anak kedua dan hubungan kami agak rapat selama ini.

"Walaupun dia pergi dengan cara yang agak menyayat hati apabila terlibat dalam kemalangan, namun kami sekeluarga menerimanya dengan reda," katanya lagi.

Norahimah bersama Amir Ruddin dan tiga anak mereka -- Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; dan Rufaidatul Asyariyah, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Assyakrawi, 5, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, seorang anak mereka, Abdullah, 15, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala seorang lagi, Abdul Rahman, 19, sedang bekerja di sebuah ladang di Kluang, ketika kejadian.

Semalam, dilaporkan Perodua Alza yang dinaiki imam, guru agama dan anak-anak mereka terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori mengangkut pasir dan tiga kereta lain. -- AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/kemalangan-segamat-norahimah-sempat-bergurau-gambar-terakhir-ketika-majlis-perkahwinan-adik/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at September 02, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (20)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.