BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 31 October 2023

[New post] MALAYSIA KUTUK SEGALA BENTUK KEGANASAN – ANWAR

Site logo image BERNAMA posted: " Sumber gambar: BERNAMA KUALA LUMPUR: Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan dan mengutuk tindakan membunuh insan tidak berdosa serta menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan di Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa" ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA KUTUK SEGALA BENTUK KEGANASAN – ANWAR

BERNAMA

Oct 31

Sumber gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan dan mengutuk tindakan membunuh insan tidak berdosa serta menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan di Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam bahasa Inggeris untuk khalayak antarabangsa pada persidangan Dewan Rakyat dengan kebenaran Yang Dipertua dewan hari ini, Anwar berkata Malaysia juga mengutuk tindakan pengeboman terhadap orang awam, kediaman dan hospital serta pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa, kanak-kanak, wanita dan lelaki yang dilakukan siang dan malam oleh tentera Israel.

"Biar semua jelas, negara Zionis Israel adalah kuasa penjajah dan oleh itu ia tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa… perbuatan jenayah ini jelas melanggar norma undang-undang antarabangsa. Tindakan Israel, pemotongan bekalan makanan, air, bantuan kemanusiaan dan elektrik adalah melanggar undang-undang antarabangsa," kata beliau.

Anwar berkata situasi di Palestin adalah suatu peringatan bahawa perjuangan untuk keadilan tidak mengenal sempadan dan Malaysia mesti bersatu dalam solidariti dengan semua rakyat yang tertindas.

Perdana Menteri berkata kredibiliti sistem antarabangsa itu sendiri dipertaruhkan dan Malaysia mesti menyuarakan pendapatnya dan menggalakkan orang lain berbuat demikian bagi memelihara sistem itu yang bertujuan untuk menegakkan keamanan dunia.

"Adalah suatu yang bodoh untuk berfikir bahawa Malaysia tidak terjejas dengan apa yang berlaku di dunia. Kita adalah negara perdagangan yang terlibat secara aktif dalam aktiviti komersial dan ekonomi serantau dan antarabangsa, secara proaktif menarik FDI (pelaburan langsung asing) untuk memacu kemajuan ekonomi kita. Jadi, Malaysia terikat dengan apa yang berlaku di mana-mana di dunia.

"Kita telah memulakan tugas yang sukar, yang telah lama diabaikan, jadi biar saya jelaskan, kita akan kekal sebagai negara yang sangat bebas dan terus menyatakan hak dan pendirian kita dalam isu keadilan dan kebebasan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata beliau.

Anwar berkata perang itu bukan sahaja memberi kesan kepada umat Islam tetapi juga Kristian di Palestin, tetapi media Barat jarang menampilkan wajah masyarakat dan cenderung untuk menyampaikan imej mereka sebagai penonton di negara itu.

Beliau berkata ini salah kerana orang Kristian Palestin telah menjadi mangsa sama seperti saudara Islam mereka, dan mereka juga telah dihalau keluar dari bandar bersejarah mereka dalam jumlah yang besar.

 Anwar berkata punca asas adalah pendudukan haram Israel serta dasar apartheid dan dalam sejarah keji ini dan kisah kekejaman, penindasan dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan, komuniti Islam dan Kristian Palestin sama-sama menjadi mangsa. 

"Bagi mereka yang terus berfikir atau mencadangkan bahawa kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin hanya memberi kesan kepada umat Islam, hendaklah diingatkan bahawa komuniti Kristian paling lama di dunia menetap di Palestin, berjumlah 47,000, berdasarkan bancian yang dijalankan pada 2017.

"Perkara yang saya ingin nyatakan di sini ialah terdapat hubungan sosiobudaya dan rohani yang kuat antara masyarakat Islam dan Kristian yang memberikan identiti kolektif rakyat Palestin yang unik.

"Bagaimanapun, kerajaan Zionis Israel bersungguh-sungguh menegakkan konsep yang memberi tanggapan negara Yahudi  terkepung oleh populasi penduduk Islam yang mengancam kewujudan mereka," kata beliau. –AlHijrah Online

Comment

Manage your email settings or unsubscribe.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/malaysia-kutuk-segala-bentuk-keganasan-anwar/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at October 31, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Horse to sell? Pony? Tack? or a Horsebox? List with us for free

Everything Horse Classifieds lets you list anything equestrian related for sale with fre...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (3)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.