BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 31 December 2023

WACANA BAIK HARUS DIJULANG, BUKAN DICERCA DENGAN KRITIKAN MELAMPAU – ANWAR

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesuatu wacana yang baik harus dijulang dan bukannya dicerca dengan kritikan melampau, khususnya yang  melibatkan konteks daripada ayat al-Quran.   Menerus" ALHIJRAH ONLINE

WACANA BAIK HARUS DIJULANG, BUKAN DICERCA DENGAN KRITIKAN MELAMPAU – ANWAR

BERNAMA

Dec 31

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sesuatu wacana yang baik harus dijulang dan bukannya dicerca dengan kritikan melampau, khususnya yang  melibatkan konteks daripada ayat al-Quran.  

Menerusi catatan di aplikasi X, Anwar menyentuh mengenai satu majlis melibatkan penjawat awam yang mana beliau mengingatkan tentang kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab dengan mengaitkannya dengan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi daripada surah Al Kahfi di dalam al-Quran.

Perkara itu kini semakin meluas dibahas di media sosial.

"Saya kaitkan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi seperti dalam ayat al-Quran surah Al Kahfi di mana pada masa itu sistem dan kerajaan serta raja yang zalim itu menyembah berhala, ditolak orang beriman termasuk tujuh pemuda ini yang kemudian berlindung di sebuah gua.

Mesejnya adalah keteguhan dan kekentalan iman pemuda itu yang membentengi kepada amalan syirik dan kebejatan, justeru adalah wajar agar penjawat awam mengambil iktibar daripada kisah tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir hingga ada yang dikupas melibatkan cacian dan cemuhan pada sesetengah pihak termasuk pendakwah dan ulama, yang disifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.

Dalam rakaman video yang turut dikongsi bersama hantaran itu, Anwar berkata tujuan beliau menyampaikan mesej demikian kepada penjawat awam adalah untuk mengingatkan mereka bahawa disebalik kemampanan ekonomi, keutamaan pembangunan dan tata kelola, aspek yang penting perlu berpaksikan kepada keimanan, menjaga nilai dan akhlak.

"Sebab itu bila saya diangkat sebagai Perdana Menteri, antara buku yang kebetulan pertama diedarkan secara meluas yang saya minta oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ialah kupasan Almarhum Sheikh Dr Taha Jabir al-Alwani iaitu kitab beliau Adabul Ikhtilaf Fil Islam, adab berbeda pendapat dalam Islam.

"Cerca orang, laknat orang, fitnah orang dengan fakta tidak betul kerana ketaksuban kita bukan kepada Islam tetapi parti sehinggakan orang yang tidak mengikuti dianggap musuh durjana semuanya. Itu yang saya minta dibaca kerana ada kaedah-kaedah berbeda pendapat," katanya.

Oleh sebab itu Anwar berkata langkah memperkenalkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kepada pelajar Islam di sekolah mulai tahun depan, bertujuan meningkatkan mutu kefahaman masyarakat terhadap Islam yang julung kali dilakukan.--AlHijrah Online

Comment

Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at December 31, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Daily Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, features & stories from Everything Horse ...

  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2026 (7)
  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.