BadmintonDigest

BadmintonDigest

Friday, 2 February 2024

YANG DI-PERTUAN AGONG MILIKI KUASA PENGAMPUNAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN 

Read on blog or Reader
Site logo image BERNAMA posted: " Sumber gambar: BERNAMA KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan  Putrajaya mana" ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

YANG DI-PERTUAN AGONG MILIKI KUASA PENGAMPUNAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN 

BERNAMA

February 2

Sumber gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan  Putrajaya manakala Raja atau Yang Dipertua Negeri memiliki kuasa sama bagi kesalahan yang dilakukan di negerinya.

Hal ini dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut Perkara 42 (2), tertakluk kepada Fasal (10) dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung peremitan hukuman kerana kelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberikan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri bagi meremit, menggantung atau meringankan hukuman bagi apa-apa kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau mahkamah sivil dalam Wilayah Persekutuan dan kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri tempat kesalahan itu dilakukan.

Perkara 42 (3) pula menyatakan jika sesuatu kesalahan dilakukan secara keseluruhan atau sebahagian di luar Persekutuan atau di lebih daripada satu negeri, atau dalam keadaan yang boleh menimbulkan keraguan di mana kesalahan itu dilakukan maka ia hendaklah dikira telah dilakukan di negeri tempat kesalahan itu dibicarakan. 

Sementara itu, Perkara 42 (5) menyatakan Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Menteri dan tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa, melalui surat cara secara bertulis, mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada orang lain dan Raja atau Yang Dipertua Negeri boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan buat sementara fungsi mana-mana anggota yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak dapat menjalankan fungsinya.

Menurut Perkara 42 (6), anggota Lembaga Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah bagi tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula namun boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga.

Perkara 42 (8) pula menyatakan Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan kehadiran Raja atau Yang Dipertua Negeri dan Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

Berdasarkan Perkara 42 (9), sebelum memberi nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan pendapat bertulis yang mungkin dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.

Menurut Perkara 42 (10), kuasa untuk mengampun, menunda dan melegakan hukuman atau meremit, menggantung atau meringankan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah yang ditubuhkan di bawah undang-undang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam di Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri terbabit.

Perkara 42 (11) pula menyatakan bagi maksud Perkara itu maka hendaklah ditubuhkan Lembaga Pengampunan tunggal bagi Wilayah Persekutuan dan peruntukan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai secara mutatis mutandis bagi Lembaga Pengampunan kecuali sebutan mengenai Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai Ketua Menteri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, Urussetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam kenyataan memaklumkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028 susulan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap beliau.

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan itu dalam mesyuarat ke-61 pada 29 Jan lepas. 

Kenyataan yang dikeluarkan Urussetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri itu turut memaklumkan denda yang perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Hukuman ke atas Najib, 70, yang kini meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara 12  tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas beliau didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan. –AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at February 02, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse Magazine

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (20)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.