BadmintonDigest

BadmintonDigest

Saturday, 30 March 2024

ARTIKEL NEW YORK TIMES TUNJUKKAN PERUBAHAN NADA SOKONGAN JERMAN KEPADA ISRAEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Canselor Jerman Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi enam hari beliau di Federal Chancellery, 12 Mac lalu. --fotoBERNAMA KUALA LUMPUR: Sel…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

ARTIKEL NEW YORK TIMES TUNJUKKAN PERUBAHAN NADA SOKONGAN JERMAN KEPADA ISRAEL

BERNAMA

March 31

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Canselor Jerman Olaf Scholz ketika sidang akhbar bersama pada Majlis Sambutan Rasmi bersempena dengan lawatan rasmi enam hari beliau di Federal Chancellery, 12 Mac lalu. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Selepas kritikan keras Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap negara Barat mengenai Gaza semasa lawatan ke Jerman baru-baru ini dan peningkatan kemarahan antarabangsa terhadap pertambahan korban warga Palestin, sebuah artikel The New York Times berkata nada sokongan Jerman kepada Israel telah berubah.

Korespondennya di Berlin Erika Solomon menulis pada Jumaat: Jerman semakin rasa janggal dalam kedudukannya sebagai sekutu rapat Israel.

"Beberapa hari selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Okt, Canselor Jerman Olaf Scholz, adalah antara pemimpin Barat terawal tiba di Tel Aviv. Berdiri di sisi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, beliau mengisytiharkan bahawa "Jerman hanya ada satu tempat … iaitu di samping Israel."

"Tempat itu sekarang rasanya janggal untuk Jerman, pembekal senjata kedua terbesar kepada Israel dan sebuah negara yang kepimpinannya meminta sokongan untuk negara itu, satu "Staatsräson," satu alasan negara, sebagai satu cara untuk menebus kesilapan Holocaust.

Minggu lepas dengan serangan berterusan Israel di Gaza, Canselor itu sekali lagi berdiri di samping Netanyahu di Tel Aviv dan mengeluarkan nada berbeza:"Tidak kira betapa pentingnya matlamat ini , beliau bertanya "Bolehkah ia memberi justifikasi kepada kos yang amat tinggi ini ?"

Menariknya, artikel itu juga menunjukkan satu hujah kuat yang dibawa balik daripada lawatan Anwar ke Berlin awal bulan ini yang mana beliau telah mengkritik negara Barat kerana betapa kurangnya tindakan mereka terhadap kekejaman Israel di Gaza.

Artikel itu memetik kata-kata Anwar yang berdiri di sisi Scholz kepada media bahawa harapan dan perasaan terhadap kredibiliti hak asasi manusia merosot dengan ketara terutamanya dalam kalangan negara membangun atau kurang membangun yang kadang-kadang dirujuk sebagai Dunia Selatan.

"Kami membantah penjajahan atau apartheid atau penghapusan etnik atau perampasan mana-mana negara tidak kira sama ada di Ukraine atau di Gaza.

Kemanakah telah kita humbankan kemanusian kita? Kenapa dengan hipokrasi ini ?" tanya Anwar.

Artikel itu juga menyatakan Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock akan menghantar satu delegasi ke Israel kerana sebagai penandatangan Konvensyen Geneva, Jerman mempunyai kewajipan bagi mengingatkan semua pihak mengenai tanggungjawab mereka untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Semasa lawatan ke rantau itu, keenam sejak serangan berkenaan, Baerbock menggambarkan situasi di Gaza seumpama "neraka" dan menegaskan satu serangan besar-besaran ke atas Rafah dengan lebih daripada sejuta orang berada di dalamnya untuk berlindung, tidak boleh sama sekali berlaku.

"Manusia tidak boleh hilang begitu sahaja di udara," kata Baerbock yang menyuarakan kebimbangannya terhadap nasib rakyat Palestin dan kekejaman Israel.

Bagaimanapun, artikel itu juga menyatakan selain daripada perubahan nada, tidak banyak yang akan dilakukan Berlin melainkan Amerika Syarikat mengambil langkah yang lebih tegas.

Artikel itu menunjukkan keputusan paling penting yang boleh dibuat Jerman memetik Jürgen Hardt, jurucakap dasar luar untuk parti Christian Democrats di Parlimen ialah menyambung semula pembiayaan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Sementara itu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pengerusi Bersih semasa Muhammad Faisal Abdul Aziz merujuk kepada artikel itu dalam satu hantaran di laman X (Twitter) mencadangkan kritikan berani Anwar mungkin telah membuatkan Jerman memikirkan semula pendiriannya terhadap Israel.

"Keberanian Perdana Menteri adalah sesuatu yang boleh dipuji dan ia membantu untuk membawa perubahan dalam pendirian Jerman terhadap sekutu rapatnya, Israel.

Saya melihat Malaysia menjadi titik perhatian dan memainkan peranan di peringkat global terutamanya dalam isu Palestin dan kemanusiaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata perjuangan dan keberanian mempunyai harganya selepas penahanan seorang lelaki rakyat Israel yang mungkin menjadi ancaman kepada negara.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan polis bersama enam pucuk pistol, 200 peluru hidup di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Berikutan penahanan itu polis telah meningkatkan kawalan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Anwar dan orang-orang kenamaan lain berikutan sokongan berterusan negara kepada Palestin yang diserang Israel tanpa henti. –AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at March 30, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.