BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 31 March 2024

ISU PERKATAAN KAFIR: TIDAK ADIL MENGHUKUM TANPA LIHAT KONTEKS KESELURUHAN UCAPAN – MUFTI

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil sikap berhati-hati dan tidak terus menghukum berhubung istilah kafir yang digunakan seorang menteri dalam video yang tular baru-baru ini, tanpa melihat konteks keseluruhan ucapan. Mufti Wilayah Persekutua…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

ISU PERKATAAN KAFIR: TIDAK ADIL MENGHUKUM TANPA LIHAT KONTEKS KESELURUHAN UCAPAN – MUFTI

Faez

April 1

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil sikap berhati-hati dan tidak terus menghukum berhubung istilah kafir yang digunakan seorang menteri dalam video yang tular baru-baru ini, tanpa melihat konteks keseluruhan ucapan.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, masyarakat perlu mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung kejadian tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook, Luqman memaklumkan bahawa penggunaan istilah kafir dalam konteks interaksi antara orang Islam dan bukan Islam boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan situasi yang memerlukan kepada istilah yang lebih harmoni khususnya dalam uslub dakwah.

"Gelaran kafir merupakan kalimah dalam bahasa Arab dan banyak kali disebut dalam al-Quran dan hadis dengan pelbagai pecahan kata seperti الكافرون, الذين كفروا, يكفرون dan sebagainya sebanyak lebih kurang 310 tempat.

"Ia adalah merujuk kepada orang yang tidak beriman kepada Allah SWT dan Rasul. Oleh itu, penggunaan istilah ini telah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Ia adalah istilah yang melambangkan perbezaan antara iman dan kekufuran dan ia tidak berubah penggunaannya.

"Merujuk kepada video yang tular, adalah tidak adil untuk terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan yang dimaksudkan dalam ucapan berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Luqman menasihatkan orang ramai untuk lebih menumpukan kepada ibadah di bulan Ramadan serta tidak menimbulkan banyak polemik berpanjangan yang membawa kepada natijah yang tidak baik kepada keharmonian masyarakat.

Tambahnya sebarang perbezaan pandangan boleh dikongsikan dengan cara yang baik dan tidak dalam bentuk kejian dan fitnah.

"Polemik yang berpanjangan tanpa mempunyai nilai ilmiah dan adab yang baik akan menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat dan boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

"Sikap sindir-menyindir, mengeluarkan kata-kata kesat, tuduh-menuduh dengan menggunakan media sosial tanpa adab tidak menguntungkan umat Islam yang sangat mementingkan perpaduan sebagai kekuatan umat," tambahnya lagi.

Luqman turut mengingatkan bahawa dalam isu yang melibatkan keagamaan, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat dan membuka ruang fitnah.

Penggunaan istilah-istilah hukum hakam agama tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan kepentingan tertentu yang tidak berasaskan kepada asas ilmu Islam yang sebenar, katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta dan kredibiliti beliau.

Jelasnya, video tular itu adalah keratan yang diambil daripada pertemuan tertutup beliau dengan kumpulan tertentu, yang telah dirakam dan ditularkan dengan tafsiran di luar konteks untuk mencipta polemik dan bersifat fitnah. —AlHijrah Online

https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan/posts/pfbid02yL8h156WqxTTvtsmCW9PuqErwo69NRzN3sf4mQ8CwWNBQJeKFnzyPuLvAnVFAYdSl
Kenyataan penuh Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah,
Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at March 31, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • November 2025 (2)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.