BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 31 March 2024

PM ANWAR PERTAHAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN, JAUH LEBIH RENDAH BERBANDING DULU

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan April 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. - Bernama PUTRAJAYA: …
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

PM ANWAR PERTAHAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN, JAUH LEBIH RENDAH BERBANDING DULU

BERNAMA

April 1

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan April 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. - Bernama

PUTRAJAYA: Harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata masih ada sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan MADANI seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat.

"Jangan lupa sekitar 2021, 2022 harga ayam adalah  RM13 (sekilogram) (kg), sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg.

"Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (mentadbir kerajaan) (harga) minyak masak lima kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam - sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang Alhamdullillah stabil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini yang dihadiri lebih 500 penjawat awam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan  Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar dalam pada itu berkata kegiatan sindiket penyeludupan yang membabitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jabatan itu terletak di bawah Kementerian Kewangan.

"Orang yang meremehkan isu rasuah, lupa bahawa dalam satu jabatan kecil dari pasukan keluarga kastam itu, masih boleh sebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada negara.

"Bayangkan kalau ini berlaku dengan ketirisan minyak diesel, minyak masak yang diambil oleh kalangan tertentu …kalau kita boleh kumpulkan semua, kita boleh selamatkan puluhan bilion ringgit," katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 29 Mac lepas mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan itu mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata setakat ini 34 anggota penguat kuasa dan 27 individu serta pemilik syarikat ditahan menerusi Ops Samba 2.0 kerana melindungi dan memudahkan aktiviti penyeludupan sindiket itu. 

Ops Samba 2.0 merupakan operasi diketuai SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memerangi aktiviti rasuah pegawai agensi penguatkuasaan yang melindungi aktiviti penyeludupan sejak 2017 hingga kini.

Anwar seterusnya menekankan aspek penguatkuasaan bagi membendung ketirisan kerajaan, dan menurutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, semua pihak perlu memikirkan kaedah terbaik dalam memastikan bantuan dan subsidi disalurkan kepada golongan sasar seperti yang dilakukan menerusi penyasaran semula subsidi elektrik.

Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula, beliau berkata peruntukannya meningkat lima kali ganda iaitu daripada RM130 juta pada 2023 kepada RM700 juta pada tahun ini dengan kadar SARA dinaikkan RM1,200 tahun ini berbanding RM600 tahun sebelumhya.

Malah kumpulan penerima sumbangan berkenaan juga ditambah dan diperluas kepada 700,000 penerima dalam kategori miskin tegar dan miskin pada tahun ini, berbanding hanya 210,000 merangkumi golongan miskin tegar pada 2023. -- AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at March 31, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.