BadmintonDigest

BadmintonDigest

Thursday, 2 May 2024

PROGRAM PRA TAHFIZ KEMAS MAMPU LAHIRKAN MURID PRASEKOLAH KUASAI 4M

Sumber Gambar: BERNAMA KUALA TERENGGANU: Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertimbangan) d…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

PROGRAM PRA TAHFIZ KEMAS MAMPU LAHIRKAN MURID PRASEKOLAH KUASAI 4M

BERNAMA

May 3

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertimbangan) dan mengambil ibrah (pengajaran).

Pengarah Kemas Terengganu Dr Faridah Mat berkata modul Pra Tahfiz yang dilaksanakan kerajaan itu merupakan pelengkap kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang perlu dipelajari murid-murid prasekolah. 

"Selain anak-anak dapat menguasai 3M, kita menyasarkan anak-anak boleh mengaji dengan baik, menghafaz surah-surah lazim, boleh menaakul atau membuat pertimbangan dengan baik, dan mengambil ibrah atau pengajaran tentang segala yang dipelajari.

"Apa yang paling penting, anak-anak ini bukan sekadar cemerlang dari segi akademik, namun kita juga mahu menyediakan mereka yang berumur seawal lima dan enam tahun ini untuk menjadi insan yang mempunyai akhlak terpuji," katanya ketika ditemui Bernama di Tabika Kemas Lorong Gemia di sini. 

Dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober tahun lepas, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas.

Program yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu disertai sebanyak 10,843 Tabika Kemas di seluruh negara dengan kurikulum sedia ada akan diperkukuh dan dimasukkan program baharu agar ilmu berkaitan akidah, ibadah, solat dan keagamaan dapat diterapkan di peringkat tabika.

Faridah berkata murid-murid yang mengikuti program Pra Tahfiz itu juga disasarkan untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran dan menghafaz surah-surah lazim sebelum mereka memasuki sekolah rendah.

Katanya, daripada 856 kelas tabika di Terengganu, 450 daripadanya telah melaksanakan program Pra Tahfiz termasuk kelas Tabika Kemas Lorong Gemia.

"Setiap pagi, anak-anak di tabika akan 'disuburkan' dengan bacaan al-Quran yang membuatkan hati mereka terang dan mudah menerima segala ilmu yang diajarkan," katanya. 

Faridah berkata sebelum Program Pra Tahfiz diperkenalkan, Kemas Terengganu telah mempelopori penghayatan Pendidikan Islam khususnya al-Quran sejak 2007 lagi iaitu melalui Program Pintar al-Quran yang kini disebut sebagai

"Program berkenaan diperkenalkan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu Tan Sri Idris Jusoh yang menekankan kepentingan anak-anak prasekolah untuk menguasai bacaan al-Quran. Jadi, Program Pra Tahfiz ini merupakan pelengkap kepada program yang telah kita ada di Terengganu kerana anak-anak bukan sahaja akan boleh membaca al-Quran dengan lancar, tetapi juga mereka mampu menghafaz surah-surah," katanya.

Dalam pada itu, bagi memastikan keberkesanan Program Pra Tahfiz, para guru juga telah disaring terutama penguasaan bacaan al-Quran mereka supaya hanya yang mempunyai kemahiran dipilih untuk mengajar murid membaca dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran.

Selain itu katanya, guru-guru yang terpilih turut diberikan kursus secara berperingkat dan berterusan bagi memastikan mereka mahir dan menguasai dengan baik modul Pra Tahfiz berkenaan. 

"Kita harap program sebagus ini akan sentiasa diteruskan dan bagi Kemas Terengganu, kita harapkan semua 856 kelas tabika ini diberi kuota supaya lebih ramai anak-anak dapat mengikuti Program Pra Tahfiz," katanya.--AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at May 02, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Somatic Energy Healing With Horses: A Different Approach to Equine Therapy

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • The Art of a Bad Deal
    These are the "Russian dissidents" Biden got from Putin in exchange fo...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • June 2026 (25)
  • May 2026 (15)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.