BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 30 June 2024

KEBULURAN PAKSA WANITA DI GAZA JUAL BARANG KEMAS UNTUK MAKANAN

Gambar fail (AFP) GAZA: Serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza memaksa seorang wanita, Samia Ahmed membuat keputusan yang amat menyedihkan dalam hidupnya, lapor Xinhua. Di sebatang jalan yang hancur di bandar Khan Younis, selatan Gaza…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

KEBULURAN PAKSA WANITA DI GAZA JUAL BARANG KEMAS UNTUK MAKANAN

By BERNAMA on 30 June 2024

Gambar fail (AFP)

GAZA: Serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza memaksa seorang wanita, Samia Ahmed membuat keputusan yang amat menyedihkan dalam hidupnya, lapor Xinhua.

Di sebatang jalan yang hancur di bandar Khan Younis, selatan Gaza, dia menjual cincin emasnya yang berharga kepada seorang peniaga barang kemas. Keseluruhan proses hanya mengambil beberapa minit, tetapi kesedihannya masih dirasai wanita itu.

"Ia adalah peninggalan terakhir daripada ibu saya, yang meninggal dunia beberapa tahun lalu. Saya tidak pernah terfikir untuk melepaskannya, tetapi anak-anak saya kelaparan, dan saya memerlukan wang untuk membeli sedikit makanan.

"Konflik memaksa kami melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Kenangan tidak boleh menyelamatkan kami daripada kematian atau kebuluran," kata Samia sambil meyakinkan dirinya bahawa itu adalah pilihan yang tepat.

Lapan bulan lalu, Samia dan keluarganya dipindahkan dari rumah mereka di Bandaraya Gaza di utara Gaza dan menuju ke pantai Khan Younis untuk mendirikan khemah sementara.

Namun, serangan udara Israel ke atas pasar Khan Younis pada Mac mengakibatkan suami Samia kehilangan kaki kanannya sekali gus keluarga itu kehilangan sumber utama pendapatan.

"Selama berbulan-bulan ini, kami hidup dalam malapetaka. Semua keperluan asas untuk manusia bertahan menjadi semakin sukar diperoleh di sini," keluh Samia.

Sama seperti Samia, Alia Amin, seorang ibu berusia 45 tahun dengan tujuh anak dari Deir al-Balah, juga terpaksa menjual barang kemasnya untuk membeli khemah untuk keluarganya yang terpaksa berpindah dari kawasan pantai Al-Mawasi di barat Rafah tiga hari lalu.

"Kami terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke tempat lain hanya untuk terus hidup," katanya kepada Xinhua, sambil menambah bahawa suaminya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Rafah empat bulan lalu. 

Untuk terus hidup dalam perpindahan paksa yang tidak berkesudahan, Alia tidak ada pilihan selain menjual barang kemasnya satu persatu.

"Saya baru sahaja menjual barang kemas terakhir saya. Saya tidak tahu bagaimana saya akan hadapi apabila wang itu habis," kata Alia.

Seperti Samia dan Alia, ramai wanita terpaksa menjual barang kemas mereka untuk menampung keluarga mereka. 

Zuheir, seorang peniaga barang kemas di kawasan Al-Mawasi, berkata kerana perang, wanita terpaksa menjual barang kemas mereka pada harga rendah.

"Setiap hari, puluhan wanita datang untuk menjual barang kemas mereka untuk mendapatkan wang," kata Zuheir.

Sebelum konflik, setiap gram barang kemas emas dijual pada harga US$50, tetapi kini, ia hanya bernilai US$30, menurut Zuheir. 

Jumlah itu hanya boleh membeli tidak lebih daripada dua kilogram gula di utara Gaza, berdasarkan laporan PBB pada Mei.

Zuheir memberi amaran, wanita di Gaza akan segera menjual  barang kemas terakhir mereka, dan keadaan hanya akan menjadi semakin suram bagi mereka dan keluarga mereka. –AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024.
Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real‑time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc.
60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110

at June 30, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Merry Christmas from Everything Horse (and thank you)

Thanks for reading, sharing, and supporting us this year. Here's to a brilliant 2026...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.