BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 2 June 2024

MENABUNG SEJAK REMAJA, JEJAK KAKI DI TANAH SUCI PADA USIA 90

MAKKAH: Berkat menabung sejak umur 15 tahun, akhirnya seorang warga emas berusia 90 tahun berjaya menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk menunaikan haji sekali gus menjadi jemaah tertua dari Malaysia tahun ini. Biarpun terpaksa mengambil masa&nbsp…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

MENABUNG SEJAK REMAJA, JEJAK KAKI DI TANAH SUCI PADA USIA 90

BERNAMA

June 3

MAKKAH: Berkat menabung sejak umur 15 tahun, akhirnya seorang warga emas berusia 90 tahun berjaya menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk menunaikan haji sekali gus menjadi jemaah tertua dari Malaysia tahun ini.

Biarpun terpaksa mengambil masa 75 tahun, Zakaria Hamat, 90, dari Kampung Bilok, Banggu, Kota Bahru, Kelantan tetap bersyukur apabila dijemput menjadi 'duyufurrahman' (tetamu Allah) dalam usia senja.

Zakaria yang ditemani cucu sulung Mohd Syafiq Mohd Sekari, 37, berkata kepayahan hidup dengan pendapatan tidak seberapa dan hanya bergantung kepada upah membanting padi menyebabkan beliau mengambil masa yang lama menabung sehingga simpanan cukup untuk menunaikan haji.

"Zaman dulu pergi merata-rata cari duit, sampai ke Kedah, sampai lima enam kali pergi ke sana untuk memukul (membanting) padi, tapi upah tak banyak, kadangkala dapat juga beras zakat sehingga lima enam guni dan hasilnya bolehlah buat simpan sikit-sikit," katanya dalam dialek Kelantan kepada petugas media ketika ditemui di hotel penginapannya di sini baru-baru ini.

Walaupun hasil simpanan tidak seberapa, warga emas yang turut dikenali sebagai Poksu Ya itu memberanikan diri untuk mendaftar haji pada 2003.

Ditanya petuanya kekal sihat, beliau yang mempunyai isteri Ramlah Deris, 85, (tidak ikut haji) dan dua anak (namun telah meninggal dunia) serta 11 orang cucu itu berkongsi amalan membaca surah At-Taubah ayat 128-129 serta selawat tafrijiyah setiap kali selepas solat Maghrib dan Isyak.

Sementara itu Mohd Syafiq berkata datuknya atau dipanggil Chik, mendaftar haji pada 2003 menggunakan nombor telefon miliknya memandangkan beliau merupakan waris terdekat. 

"TH ada menghubungi saya tiga tahun lepas memaklumkan tentang tawaran kepada Chik untuk mengerjakan ibadah haji..namun saya tolak sebab kekangan dari segi kewangan keluarga, jadi saya tidak sedia.

"Pada 2023, sekali lagi Allah takdirkan Chik saya dapat tawaran haji dan kali itu saya terpaksa tolak juga disebabkan beberapa masalah. Akhirnya tahun ini apabila Allah sekali lagi menjemput Chik, saya sebagai cucu sulung kena usaha walau macam mana sekalipun untuk memastikannya dapat menunaikan haji," katanya.

Hasil usaha dan pertolongan daripada ahli keluarga yang lain akhirnya beliau berjaya mencukupkan wang bagi membolehkan mereka bersama-sama menunaikan ibadah itu.--AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at June 02, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Place a free equestrian listing with Everything Horse Classifieds

Everything Horse Classifieds lets you list anything equestrian related for sale with fre...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (4)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.