BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 30 June 2024

PERSIAPAN ISTIADAT PERTABALAN AGONG PADA PERINGKAT AKHIR, 700 TETAMU BAKAL HADIR

Sumber Gambar: BERNAMA KUALA LUMPUR: Berbaki 19 hari lagi, Malaysia bakal melakar detik bersejarah dalam sistem Raja Berperlembagaan dan semua mata akan tertumpu pada istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

PERSIAPAN ISTIADAT PERTABALAN AGONG PADA PERINGKAT AKHIR, 700 TETAMU BAKAL HADIR 

By BERNAMA on 1 July 2024

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Berbaki 19 hari lagi, Malaysia bakal melakar detik bersejarah dalam sistem Raja Berperlembagaan dan semua mata akan tertumpu pada istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 20 Julai ini, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat yang akan menonjolkan keunikan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia berlangsung sempurna kerana ia bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat tempatan, malahan juga masyarakat luar negara.

Berkongsi mengenai persiapan, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata kerja-kerja persiapan bermula sejak enam bulan lepas dan ketika ini, semuanya berada pada peringkat akhir atau kira-kira 93 peratus dengan fokus sekarang ialah memastikan lokasi istiadat pertabalan, selain sekitar Istana Negara dalam keadaan baik.

"Negara kita dibina dengan peradaban begitu kukuh dan sejarah yang gemilang menerusi sistem Raja Berperlembagaan dan sejak negara kita merdeka sehingga kini, kita tidak putus merayakan istiadat yang begitu penting iaitu pertabalan Yang di-Pertuan Agong. 

"Tentunya untuk satu istiadat yang begitu gilang-gemilang dan bersejarah ini, persiapannya memang mengambil masa yang lama, kita telah mulakan dari awal iaitu sebaik Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan pada 31 Januari lepas," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini. 

Azuan Effendy berkata menerusi istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Malaysia dapat mempertontonkan kepada dunia identiti Kesultanan Melayu, selain menonjolkan keunikan dimiliki kerana merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan secara penggiliran.

Beliau berkata kira-kira 2,000 orang terlibat dalam memastikan kelancaran istiadat pertabalan bukan hanya membabitkan kakitangan Istana Negara, tetapi juga pelbagai jabatan serta agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan banyak lagi. 

Selain itu, beliau yang telah terlibat dengan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebanyak lima kali berkata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

Azuan Effendy berkata beliau bersama Fahmi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli juga bertanggungjawab untuk menghadap Raja, Sultan serta semua Tuan Yang Terutama  (TYT) bagi  mempersembahkan warkah persilaan. 

"Warkah persilaan ini masih dikekalkan sejak sekian lama, ia menggunakan tulisan jawi yang ditulis tangan, diletakkan di dalam kapsul khas untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan TYT," katanya.

Berkongsi lanjut, Azuan Effendy yang merupakan Datuk Paduka Maharaja Lela termuda pernah dilantik ke jawatan penting di Istana Negara berkata cabaran utama dalam memperincikan kelancaran istiadat pertabalan ialah ketepatan masa.

"Keberangkatan tiba setiap Raja Melayu adalah dalam selang masa dua minit diikuti istiadat pecah bendera. Setiap satu perlu dilaksanakan dalam masa hanya dua minit, maka kita kena pastikan semuanya menepati masa supaya perancangan dapat direalisasikan dengan tepat dan sempurna," katanya. 

Istiadat pecah bendera ialah sebahagian protokol istana yang bendera peribadi Raja-Raja Melayu dipecahkan dan dikibarkan sebagai menandakan keberangkatan tiba baginda.

Mengenai bilangan tetamu, Azuan Effendy berkata setakat ini, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Hamad Bin Isa Al Khalifa telah mengesahkan keberangkatan, selain 700 tetamu lain termasuk wakil kedutaan serta wakil-wakil kementerian dan jabatan. 

Beliau berkata pada istiadat pertabalan kali ini, dif-dif kehormat lelaki dari Johor akan mengenakan baju Melayu Teluk Belanga dengan songkok tanpa sebarang bintang atau pingat kerana ia merupakan kaedah pemakaian sebenar.

Mengenai busana Sultan Ibrahim, Azuan Effendy berkata Seri Paduka Baginda akan memakai muskat yang merupakan persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan tengkolok, pending serta keris, manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah memperincikan persalinan Seri Paduka Baginda yang bakal dihasilkan seorang pereka terkemuka tempatan. 

Azuan Effendy berkata acara-acara bersempena dengan istiadat pertabalan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, manakala keesokannya ialah bacaan Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan. 

"Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tiada Raja atau Sultan akan menggunakan teks berkenaan, manakala negeri-negeri lain tertakluk pada perkenan Raja atau Sultan masing-masing," katanya sambil menambah pada malam istiadat pertabalan, akan turut diadakan Majlis Santapan Diraja di Istana Negara. 

Beliau berkata Raja Zarith Sofiah juga telah berkenan untuk berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai, manakala pada 25 Julai akan diadakan Pameran Raja Kita di Muzium Negara yang memaparkan barangan peribadi Seri Paduka Baginda berdua antaranya kad pengenalan dan koleksi pen. 

Acara Istiadat Pertabalan katanya, akan ditutup dengan Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai.--AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024.
Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real‑time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc.
60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110

at June 30, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Merry Christmas from Everything Horse (and thank you)

Thanks for reading, sharing, and supporting us this year. Here's to a brilliant 2026...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.