BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 2 June 2024

QATAR, MESIR DAN AS SERU ISRAEL, HAMAS MUKTAMADKAN CADANGAN GENCATAN SENJATA

Sumber Gambar: AFP ISTANBUL: Pengantara gencatan senjata Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) menyeru Israel dan Hamas untuk memuktamadkan perjanjian yang merangkumi prinsip yang digariskan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk gencatan senjata yang be…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

QATAR, MESIR DAN AS SERU ISRAEL, HAMAS MUKTAMADKAN CADANGAN GENCATAN SENJATA

BERNAMA

June 2

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Pengantara gencatan senjata Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) menyeru Israel dan Hamas untuk memuktamadkan perjanjian yang merangkumi prinsip yang digariskan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk gencatan senjata yang berkekalan, lapor Agensi Anadolu.

"Sebagai pengantara dalam perbincangan berterusan untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tawanan serta tahanan, Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir bersama-sama menyeru Hamas dan Israel untuk memuktamadkan perjanjian yang merangkumi prinsip yang digariskan oleh Presiden (Joe) Biden," menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu, memetik ucapan Biden pada Jumaat malam mengenai cadangan perjanjian itu.

"Prinsip-prinsip ini menggabungkan tuntutan semua pihak dalam satu perjanjian yang memenuhi pelbagai kepentingan dan akan membawa kelegaan segera kepada rakyat Gaza yang telah lama menderita serta tawanan dan keluarga mereka," tambah kenyataan itu.

Negara pengantara itu turut menekankan bahawa "perjanjian itu menawarkan jalan baharu untuk gencatan senjata kekal dan menamatkan krisis."

Biden pada Jumaat berkata bahawa Israel telah mengemukakan kepada Hamas, satu perjanjian tiga peringkat yang akan menamatkan konflik di Gaza dan memastikan pembebasan tawanan yang ditahan di wilayah dikepung berkenaan.

Beliau merayu kepada Hamas untuk menerima perjanjian itu dan menggesa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menahan diri daripada tekanan ahli gabungan pemerintahannya yang menentang rancangan tersebut.

Pejabat Netanyahu pada Jumaat mengulangi hasratnya untuk meneruskan serangan ke atas Gaza sehingga mencapai semua matlamatnya, menurut Anadolu.

Hamas berkata ia akan "bertindak balas secara positif terhadap sebarang cadangan yang merangkumi gencatan senjata kekal, pengunduran sepenuhnya dari Gaza, usaha pembinaan semula, kepulangan penduduk kehilangan tempat tinggal dan penyelesaian perjanjian pertukaran tawanan yang komprehensif", tambahnya.

Lebih 36,000 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza sejak Israel memulakan serangannya pada 7 Okt tahun lepas.

Kebanyakan penduduk yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak dengan lebih 82,000 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.--AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at June 02, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Everything Horse Classifieds – Buy, Sell or Loan with a Trusted Equestrian Brand

...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • January 2026 (1)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.