KUALA LUMPUR: Empat warga Singapura yang dilaporkan sesat semasa mendaki Bukit Apek di Cheras pada petang semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) … | By Faez on 1 July 2024 | KUALA LUMPUR: Empat warga Singapura yang dilaporkan sesat semasa mendaki Bukit Apek di Cheras pada petang semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.19 petang sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian. "Kejadian melibatkan empat orang sekumpulan warga Singapura yang berumur dalam lingkungan 22 tahun dipercayai telah sesat, bagaimanapun mangsa masih boleh dihubungi. "Namun kesemua mangsa berjaya ditemui pihak bomba kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa turun pada jam 1.02 pagi tadi sebelum menyerahkan mereka kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan seterusnya.--AlHijrah Online | | | |
No comments:
Post a Comment