Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemputan ketika menghadiri Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan menggangu kuota pelajar bumiputera sedia ada.
Beliau berkata perincian mengenai keputusan berani kerajaan itu dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar dan pada masa sama memberi keadilan di dalam sistem pendidikan negara akan dimaklumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek esok.
"Keputusan berani ini tidak memberi gambaran seolah-olah kita dah selesaikan masalah keadilan di dalam pendidikan, harus ada kesediaan daripada kementerian, sektor swasta, badan bukan kerajaan, sarjana dan akademia untuk menerima kenyataan bahawa banyak lagi perlu dilakukan dalam menjamin peluang anak-anak (terutama) miskin bandar, desa atau pedalaman.
"(Namun) kita harap ini (bantu) selesai satu masalah dan kita tidak mahu teruskan (dijadikan) isu kaum lagi," katanya ketika menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
-- LAGI
No comments:
Post a Comment