KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau 'lebih garang' untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024. Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataa… | By BERNAMA on 2 July 2024 | KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau 'lebih garang' untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024. Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan hari ini berkata perubahan tersebut dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah. Mohamad Norza memaklumkan corak baharu yang dipilih berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket. Beliau berkata rekaan kali ini turut menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu. "MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.--AlHijrah Online | | | |
No comments:
Post a Comment