BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 27 August 2024

GAS BERACUN, MUDAH TERBAKAR DI TANGKI LOJI IWK CABARAN BESAR PASUKAN SAR

Sumber Gambar: BERNAMA KUALA LUMPUR: Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

GAS BERACUN, MUDAH TERBAKAR DI TANGKI LOJI IWK CABARAN BESAR PASUKAN SAR

By BERNAMA on 27 August 2024

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini, menjadi cabaran utama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sumber memberitahu Bernama, perkara itu diketahui selepas pasukan SAR turun ke dalam tangki besar berkenaan yang menyimpan bahan kumbahan di sekitar ibu kota dengan masing-masing dua anggota pada Ahad dan empat anggota Isnin lepas.

"Terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam tangki berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar," katanya.

Hidrogen sulfida ialah gas yang tidak berwarna, beracun, mudah terbakar dan berbau seperti telur busuk serta boleh timbul daripada aktiviti biologi ketika bakteria menguraikan bahan organik dalam keadaan tanpa oksigen (kegiatan anaerobik).

Sumber berkata anggota SAR mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) khas yang hanya boleh digunakan sekali dan alat bantuan pernafasan ketika turun ke tangki berkenaan.

Menurut sumber, anggota SAR akan diturunkan menggunakan sistem tali ke dasar tangki berkenaan dan di bahagian penapis bagi tujuan pencarian sebarang petunjuk berkaitan mangsa.

"Kerja mencari menggunakan tangan dan alat khas. Semasa di dalam tangki, anggota pasukan SAR tidak boleh melakukan pergerakan secara kasar atau menguis longgokan najis dengan kuat kerana gas metana yang yang terkumpul mudah terbakar, segalanya mesti dilakukan dengan berhati-hati.

"Kerja-kerja mencari akan dijalankan di dalam tangki berkenaan dan di kawasan penapis untuk mengesan jika terdapat sebarang benda asing terperangkap selepas semua najis yang berada di dalam tangki berkenaan dipam keluar dan hingga semalam, keputusannya masih negatif," katanya.

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.--AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024.
Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real‑time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc.
60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110

at August 27, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • November 2025 (4)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.